Monday, February 13, 2012

Nasihat kepada lidah

Wahai saudaraku lidah,

Allah menjadikan engkau mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan sifat petahmu. Walaupun fizikalmu lembut, tetapi jenayahmu hebat. Mengumpat, berbohong, mengacum, membela diri, menghina orang, memaki dan melaknat, mendoakan keburukan ke atas musuh, sampai menyampai, bercerita, memfitnah dan lain-lain.

Sedangkan pada hakikatnya wahai saudaraku lidah,

Allah menjadikan engkau buat manusia bagi mengucapkan zikir dan tazkirah. Menyampaikan ilmu dan mengajar. Memimpin orang ke jalan Allah, memperbaiki hubungan keluarga dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat dengan kata-kata yang bernas, menarik dan mesra. Menyampaikan kebaikan dan seumpamanya.

Nota: Perlu rasanya mengenakan syarat kepada diri bahawa tidak akan menggerakkan lidah sepanjang hari kecuali berzikir.

6 comments:

  1. Lidah adalah sahabat saya, akan tetapi saya selalu lupa pada sahabat saya ini.

    Saya bawa ia jauh-jauh dan kemudian saya tinggalkan tanpa dijemput pulang.

    Saya perlu sentiasa mengingat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jamal. jangan diabaikan dia... pimpinlah kepada bidang tugas dan tanggungjawabnya yang sebenar.

      Delete
  2. banyak dosa terbuat kerana gagal mengawal lidah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cikli. sungguh... kekadang abah takut untuk berkata-kata. takut orang akan terasa hati.

      Delete
  3. Salam Abah.

    Kerana lidah, manusia sering bersengketa. kerana lidah dunia porak peranda. Dan kerana lidah jugalah, ramai manusia bakal menjadi warga neraka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam shameel. begitulah apabila manusia telah menyalahgunakan bidang kuasa lidah.

      Delete