Sunday, January 29, 2012

Apa khabar hati?


Cuba kita perhatikan mentol yang terpasang di rumah kita. Ada yang menyala sempurna, ada yang setengah menyala dan ada yang tidak menyala terus. Begitulah diumpamakan hati manusia; ada yang hidup, ada yang sakit dan ada pula yang mati terus.

Tidak perlu kita bersusah payah menjemput doktor atau perlu ke klinik untuk memeriksa dan mengetahui tahap kehidupan hati kita. Seringkan menjengok dan menziarah hati kita. Sesekali molek rasanya kita bertanya, “Apa khabar hatiku?”

Tanda hati masih hidup – Suka kepada amalan-amalan yang baik dan amat tidak suka kepada perkara-perkara mungkar. Ini kerana hati yang hidup tidak tersimpan di dalamnya simpulan syirik dan tidak diliputi rasa istikbar (takbur). Tenaga al-Qur’an akan mengalir ke dalamnya dan terus berupaya mengalirkan tenaga tersebut ke seluruh anggota tubuh.

Tanda hati sedang sakit – Berbuat kebaikan dan kebajikan dengan tujuan untuk mendapat keuntungan dunia semata-mata. Fi qulubihim maradh adalah hati yang sudah dikawal dengan pengaruh kehidupan duniawi sehingga mereka berpura-pura beriman, padahal sebenarnya mereka benci kepada kebenaran al-Qur’an kerana al-Qur’an dianggap penghalang bagi mereka untuk mencapai kesenangan duniawi.

Tanda hati yang mati – Langsung tidak suka berbuat kebaikan tetapi teramat suka kepada perkara maksiat. Ini kerana hati yang mati penuh dengan simpulan syirik yang tidak ada ruang bagi kebenaran tauhid untuk masuk ke dalamnya sehingga melahirkan kesombongan untuk menerima kebenaran tersebut.

Nota: Alhamdulillah sekiranya kita punya hati yang masih hidup. Bila kita punya lampu suluh, biarlah ia mampu menyuluh jalan yang sedang kita lalui. Terangkanlah nyalaan hati kita dengan melazimkan mengikuti kuliah-kuliah ilmu agama dan beramal dengannya. InsyaAllah.

8 comments:

  1. assalamualaikum. tgh nak jaga hati dr malap terus padam ni abah...semoga Dia permudahkan segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam nahmy. abah pun sama juga... masih dalam sesi perubatan. Amat berharap Dia sembuhkan!

      Delete
  2. Setuju sangat saya pada posting abah ini...Baik hati baiklah diri. Allah menilai kita pada hati tidak pada fisikal. Seseorang yg paling bertaqwa, namamu teratas di sisi Allah, bukan yg paling hansem, yg paling kaya, atau yg paling berpangkat. Justru kena usha untuk basuh hati supaya bersih, sental dgn Al-Qur'an & Hadis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sot. sungguh! pentingnya menjaga hati sebab hati yang menjaga niat. kalau hati berniat tak betul maka tak betullah kelakuan diri. Kalau hati ok, insyaAllah oklah tindakan kita. Apa-apa pun semuanya daripada Allah!

      Delete
  3. Assalamualaikum Abah.
    Hati perlu dihidupkan agar ia tidak mati. Hati yg tidak mati akan membuatkan kita memikir dan merancang saham utk ke sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam shameel. benar... mereka yang punya hati yang mati mungkin boleh dianggap sebagai tiada hati. mereka bukan saja tidak mampu merancang saham akhirat malah menentang orang lain yang merancang.

      Delete
  4. jangan mati wahai hati... aku perlukan kamu hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cikli. insyaAllah... biarlah kita hidup bersama-sama hati yang hidup.

      Delete