Wahai saudaraku lidah,
Allah menjadikan engkau mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan
sifat petahmu. Walaupun fizikalmu lembut, tetapi jenayahmu hebat.
Mengumpat, berbohong, mengacum, membela diri, menghina orang, memaki dan
melaknat, mendoakan keburukan ke atas musuh, sampai menyampai,
bercerita, memfitnah dan lain-lain.
Sedangkan pada hakikatnya wahai saudaraku lidah,
Allah menjadikan engkau buat manusia bagi mengucapkan zikir dan
tazkirah. Menyampaikan ilmu dan mengajar. Memimpin orang ke jalan Allah,
memperbaiki hubungan keluarga dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat
dengan kata-kata yang bernas, menarik dan mesra. Menyampaikan kebaikan
dan seumpamanya.
Nota: Perlukah rasanya mengenakan syarat kepada diri bahawa tidak akan menggerakkan lidah sepanjang hari kecuali berzikir.