tag:blogger.com,1999:blog-72001313779645988622024-03-13T18:03:23.593+08:00stesen amanDunia ini adalah stesen sementara.abah amanhttp://www.blogger.com/profile/09317988054688084820noreply@blogger.comBlogger65125tag:blogger.com,1999:blog-7200131377964598862.post-40718198741257670262015-03-20T17:59:00.002+08:002015-03-20T17:59:52.070+08:00nasihat kepada lidahWahai saudaraku lidah,
Allah menjadikan engkau mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan
sifat petahmu. Walaupun fizikalmu lembut, tetapi jenayahmu hebat.
Mengumpat, berbohong, mengacum, membela diri, menghina orang, memaki dan
melaknat, mendoakan keburukan ke atas musuh, sampai menyampai,
bercerita, memfitnah dan lain-lain.
Sedangkan pada hakikatnya wahai saudaraku lidah,
Allah menjadikan engkau buat manusia bagi mengucapkan zikir dan
tazkirah. Menyampaikan ilmu dan mengajar. Memimpin orang ke jalan Allah,
memperbaiki hubungan keluarga dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat
dengan kata-kata yang bernas, menarik dan mesra. Menyampaikan kebaikan
dan seumpamanya.
Nota: Perlukah rasanya mengenakan syarat kepada diri bahawa tidak akan menggerakkan lidah sepanjang hari kecuali berzikir. abah amanhttp://www.blogger.com/profile/09317988054688084820noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7200131377964598862.post-21024214217803989402012-10-13T08:05:00.005+08:002012-10-13T08:05:56.473+08:00senyum hari iniSenyum abah hari ini, bila melihat blog yang telah lama ditinggalkan tidak berusik!
Senyum abah hari ini, bila pasukan bola sepak kelantan menang dan mara ke final Piala Malaysia!
Senyum abah hari ini, bila majalah SENYUM yang abah usahakan akan menemui pembaca tidak berapa lama lagi...
abah amanhttp://www.blogger.com/profile/09317988054688084820noreply@blogger.com11tag:blogger.com,1999:blog-7200131377964598862.post-41704683149813634932012-03-19T20:48:00.000+08:002012-03-19T20:50:31.362+08:00sesekali melayangkan pemikiranDi kala kesunyian dan keseorangan sesekali melayangkan pemikiran mengenang nasib jasad setelah mati. Berfikir dan bertafakkur disertakan dengan tadbir dan tadabbur.
Bayangkan keadaan jari jemari dan anggota tubuh badan yang pernah kita puja dan kita belai sewaktu hidup. Bagaimana tubuh menjadi hancur dimamah dan diratah oleh ulat tanah? Sesuatu yang pasti berlaku.
Betapa geli gelemannya bilamana ulat-ulat mula merayap menyelinap ke segenap tubuh, memasuki rongga mata, hidung dan telinga, lalu berasak-asak melahapnya! Suatu keadaan yang tidak ada daya dan upaya untuk kita menolaknya. Di saat dan ketika itu kita hanya rela menyerah, tidak seperti mana ketika kita masih hidup.
Siapakah yang simpati dan siapakah yang dapat melindungi? Yang pasti tidak ada sesiapa lagi, kecuali bekalan ilmu dan amal yang ikhlas kerana Allah Ta‘ala. Sekiranya ada...abah amanhttp://www.blogger.com/profile/09317988054688084820noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7200131377964598862.post-53304007614237677392012-02-13T08:36:00.002+08:002012-02-13T08:40:21.541+08:00Nasihat kepada lidahWahai saudaraku lidah,
Allah menjadikan engkau mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan sifat petahmu. Walaupun fizikalmu lembut, tetapi jenayahmu hebat. Mengumpat, berbohong, mengacum, membela diri, menghina orang, memaki dan melaknat, mendoakan keburukan ke atas musuh, sampai menyampai, bercerita, memfitnah dan lain-lain.
Sedangkan pada hakikatnya wahai saudaraku lidah,
Allah menjadikan engkau buat manusia bagi mengucapkan zikir dan tazkirah. Menyampaikan ilmu dan mengajar. Memimpin orang ke jalan Allah, memperbaiki hubungan keluarga dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat dengan kata-kata yang bernas, menarik dan mesra. Menyampaikan kebaikan dan seumpamanya.
Cuba kita perhatikan mentol yang terpasang di rumah kita. Ada yang menyala sempurna, ada yang setengah menyala dan ada yang tidak menyala terus. Begitulah diumpamakan hati manusia; ada yang hidup, ada yang sakit dan ada pula yang mati terus.
Tidak perlu kita bersusah payah menjemput doktor atau perlu ke klinik untuk memeriksa dan mengetahui tahap kehidupan hati kita. Seringkan menjengok dan menziarah hati kita. Sesekali molek rasanya kita bertanya, “Apa khabar hatiku?”
Tanda hati masih hidup – Suka kepada amalan-amalan yang baik dan amat tidak suka kepada perkara-perkara mungkar. Ini kerana hati yang hidup tidak tersimpan di dalamnya simpulan syirik dan tidak diliputi rasa istikbar (takbur). Tenaga al-Qur’an akan mengalir ke dalamnya dan terus berupaya mengalirkan tenaga tersebut ke seluruh anggota tubuh.
Tanda hati sedang sakit – Berbuat kebaikan dan kebajikan dengan tujuan untuk mendapat keuntungan dunia semata-mata. Fi qulubihim maradh adalah hati yang sudah dikawal dengan pengaruh kehidupan duniawi sehingga mereka berpura-pura beriman, padahal sebenarnya mereka benci kepada kebenaran al-Qur’an kerana al-Qur’an dianggap penghalang bagi mereka untuk mencapai kesenangan duniawi.
Tanda hati yang mati – Langsung tidak suka berbuat kebaikan tetapi teramat suka kepada perkara maksiat. Ini kerana hati yang mati penuh dengan simpulan syirik yang tidak ada ruang bagi kebenaran tauhid untuk masuk ke dalamnya sehingga melahirkan kesombongan untuk menerima kebenaran tersebut.
Hari ini kita telah memasuki tahun baru 1433 hijrah. Hampir di serata masjid dan surau mengadakan program dan aktiviti penghayatan Hijrah. Bermula pada ambang tahun baru 1433H petang Sabtu dengan program tazkirah, diikuti doa akhir tahun, doa awal tahun, bacaan Yasin dan tahlil, solat hajat, qiamullail, kuliah Subuh, hinggalah ke ceramah perdana pada malam Ahad berikutnya.
Namun... dalam masa yang sama, ada di kalangan jemaah yang mengutarakan soalan-soalan sumbang yang berbunyi, “Apakah hukum sambutan maal hijrah?” “Apakah ada dalil atau nas bagi doa awal tahun dan akhir tahun?” “Bukankah kalau Nabi tidak buat itu merupakan bidaah?”
Subhanallah! Siapakah Sang Pengemuka soalan yang lantang itu? Tinggi benarkah ilmunya sehingga mampu mengeluarkan soalan-soalan yang sebernas itu? Atau apakah mereka dari kalangan pengamal-pengamal sunnah Rasulullah saw yang hebat dan mantop?
Maka terpaksalah Ustaz Tua mengakui, “Ya... kalau ditanya hukum, memang amalan ini adalah bidaah kerana nabi tidak pernah melakukan. Tetapi... salahkah kita menghayati peristiwa penghijrahan Nabi saw dan para muhajirin dari kota Makkah ke kota Madinah?”
Kata Ustaz Tua lagi, “Sekalipun hijrah tidak berlaku pada bulan Muharam, tetapi sebagai mengingatinya sengaja Khalifah Saidina Omar al-Khattab memilih detik peristiwa tersebut sebagai bulan pertama dalam kalendar Islam bilamana taqwim Hijrah mula diperkenalkan pada zaman pemerintahannya. Siapakah Sayidina Omar al-Khattab berbanding kita? Dijamin syurgakah kita sebagaimana dijaminnya syurga Sayidina Omar al-Khattab oleh Nabi saw.”
“Begitu juga dengan amalan berdoa. Salahkah di akhir tahun mahupun di awal tahun kita bermohon kepada Allah SWT supaya diberi perlindungan dan kesejahteraan? Sedangkan setiap hari kita disarankan supaya berdoa, di kala susah mahupun senang.”
“Mengapa amalan sebegini dipertikai sedangkan tidak mempersoalkan amalan sambutan tahun baru masehi yang jelas menyeleweng. Adakah program nyanyi-nyanyi, nari-nari, menunggu detik 12 malam amalan sunnah? Tembakan bunga api pada detik 12 malam apakah ada dalilnya?”
Mengakhiri bicara, bilamana Uustaz Tua bertanya tentang nama-nama bulan di dalam kalendar Islam, Sang Pengemuka soalan terkial-kial untuk mengingati sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Yang mampu disebut hanyalah, Ramadan... Syawal... itupun dalam nada yang tergagap-gagap.
“Abah! Bakar dah takde!”
“Bakar? Bakar yang mana ni?”
“Bakar, menantu Angah Man!”
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.”
Abah amat mengenali Bakar. Beliau merupakan seorang guru, berusia dalam lingkungan awal 40an. Mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Ipoh, beliau pulang ke kampung semata-mata untuk memenuhi jemputan kenduri seorang saudara merangkap rakan baiknya yang telah agak lama tidak dikunjungi.
Seawal jam 10 pagi beliau dikatakan telah bersedia dengan pakaian yang kemas dan segak seakan tidak sabar untuk hadir ke tempat kenduri. Sementara menunggu isteri dan anak-anaknya bersiap untuk dibawa bersama, beliau dilihat tercungap dan sesak nafas. Kerana tersalah gamak, ayahnya yang tidak tahu memandu kereta terpaksa memanggil ambulan. Namun, takdir penentu segala, beliau telah menghembuskan nafas terakhir tatkala ambulan baru menjengah di halaman rumah.
Itu adalah antara khabar paling mengejutkan yang abah terima dari kampung. Khabar kematian yang melibatkan insan yang abah amat kenali. Kalau faktor umur diambil kira belum sepatutnya lagi dia mendahului abah. Begitu juga kesihatan dan keadaan fizikal tidak menunjukkan ciri-ciri untuk sampai kepada waktunya. Namun ajal tidak merujuk kepada itu semua.
Tanpa diduga dan tanpa disangka... Terlalu mudah...
Abah singgah solat di sebuah surau. Usai solat seorang budak menghampiri abah. Sebuah tabung derma dihulurnya. Raut wajah dan gaya pakaian budak itu meyakinkan abah bahawa dia adalah anak yatim yang mewakili sekolahnya memohon sumbangan. Abah menghulurkan derma.
Di suatu sudut beranda surau kelihatan seorang pakcik penarik beca sedang berehat melepaskan penat.
Budak itu lalu menghampiri pakcik itu dan menghulurkan tabung derma kepadanya.
Pakcik penarik beca menyeluk saku seluarnya yang lusuh. Sekeping note berwarna merah sepuluh ringgit dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tabung derma tersebut.
Budak itu mengucapkan terima kasih seraya berpaling untuk pergi. Tetapi pakcik itu memberi isyarat supaya menunggu. Pakcik menyeluk poket seluarnya yang sebelah lagi.
Dia mengeluarkan beberapa note kertas berwarna biru dan hijau lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam poket baju melayu budak itu.
“Ini hok mu buat beli makanan.”
Abah kemudian menghampiri pakcik itu, sambil bertanya, “Berapo pendapatan pakcik sehari?”
Dia berkata, “Tak tentu! Kade-kade ado, kade-kade tak dok.”
Tanya abah lagi, “Bakpo pakcik sedekah semua duit pakcik kepada budak itu?”
Jawabnya, “Budak tu anak yatim. Berjalan kaki jauh, lapar. Pakcik tak pe, ada beca, boleh kayuh lagi.”
Subhanallah... Dia jauh lebih murah hati daripada abah.
Abah mula berasa sebak.
“Kalu gitu mari ikut ambo pergi makan.” sambil abah memegang tangannya.
“Hari ni pakcik posa.” jawabnya perlahan.
Abah tidak mampu bersuara lagi...
Bersyukurlah.
Merasa tenteramlah.
Atas segala keadaanmu,
Kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu banyak tak terbilang.
Kesakitan perjalanan hidup kian minit kian baru
Bersyukurlah.
Merasa senanglah.
Atas segala keadaanmu,
Kerana engkau telah masuk dalam daftar anak bumi yang terpilih,
Bersyukurlah selalu
Merasa senanglah selalu
Merasa tenteramlah selalu
Merasa berbahagialah selalu...
Abah rasa masing-masing di kalangan kita sudah pun merancang perjalanan untuk balik ke kampung. Abah pun begitu. Eloklah kita sama-sama mengenal pasti jalan yang terbaik yang akan kita lalui supaya tidak menempuh kesesakan yang sememangnya akan berlaku kesesakan. Kalau tertempuh bersyukurlah juga, sebab paling tidak kita telah bersedia.
Namun dalam keghairahan itu jangan kita lupa bahawa dalam masa yang sama syaitan juga sedang berkira-kira untuk meraikan hari pembebasan mereka. Mereka juga sedang merancang untuk memenuhi jalan-jalan yang boleh digunakan untuk menyesatkan kembali perjalanan kita yang sudah semakin bersih dan lancar di Tarbiyah Ramadhan.
Abah rasa eloklah juga kita sama-sama mengetahui dan mengenal pasti jalan laluan syaitan dan pintu-pintu utama yang sering digunakan. Laluannya amat banyak sekali. Namun berilah perhatian kepada laluan utama dan pintu-pintu besar yang menjadi kegemaran angkatan tenteranya. Antara pintu besar mereka ialah:
1. Marah dan nafsu syahwat.
2. Hasad dan tamak haloba.
3. Malas dan kenyang perut.
4. Berhias untuk perhatian manusia.
5. Gopoh dan terburu-buru.
6. Wang dan harta benda.
7. Bakhil dan takut faqir.
8. Jahil terhadap agama.
9. Buruk sangka sesama Islam.
Dikatakan pintu yang besar dan laluan yang luas akan menjadi sesak disebabkan banyaknya syaitan yang masuk. Apa yang boleh menutupinya hanyalah dengan mengawal sifat-sifat yang ada pada diri kita sendiri.
Nota: Kepada yang ingin memulakan perjalanan pastikan jangan terlupa membaca doa naik kenderaan. Doa abah buat semua... selamat sampai ke kampung dan Salam Idulfitri.
Sedar tak sedar kita sudah hampir di pertengahan Ramadhan. Persoalannya... di manakah letaknya diri kita sekarang? Bagaimanakah graf amalan soleh yang telah kita lakukan? Adakah kita benar-benar di kalangan ahli puasa atau cuma antu raya.
Ahli Puasa: Menjaga percakapan daripada bercakap perkara-perkara yang lagho dan tidak bermanfaat. Jauh sekali untuk mengumpat dan berbohong.
Antu Raya: Bermula dari awal Ramadhan sudah bercakap fasal kuih-muih raya, langsir dan perabot raya, baju raya, duit raya dan sebagainya.
Ahli Puasa: Menjaga solat dan menutup aurat kerana mengetahui betapa ruginya berpuasa tanpa bersolat dan menutup aurat. Hasilnya cuma mendapat lapar dan dahaga sahaja.
Antu Raya: Berniaga di pasar Ramadhan tetapi mendedah aurat. Bila masuk waktu berbuka sibuk pula tutup gerai dan mengira keuntungan sehingga terlepas waktu Maghrib.
Ahli Puasa: Di sepuluh malam terakhir Ramadhan, meningkatkan amalan soleh dengan berqiamullail dan beriktiqaf semata-mata untuk mendapat ganjaran malam Lailatul qadar seperti yang dijanjikan oleh Allah swt.
Antu Raya: Di sepuluh malam terakhir, meningkatkan kunjungan dan lawatan ke pasar-pasar raya, gedung-gedung membeli belah, untuk mendapat ganjaran harga runtuh, jualan murah, jualan penghabisan stok dan sebagainya.
Nota: Ya Allah... mampukah aku untuk memperoleh anugerah-Mu menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana harapan-Mu, la’alakum tatakun...
Tarikh 31 Julai adalah tarikh keramat di mana abah dan isteri diijabkabul. Pada tarikh yang sama juga abah telah kehilangan ibu yang tercinta. Ibu yang telah melahirkan. Ibu yang membesarkan dan ibu yang telah mendoakan kebahagiaan anaknya ini.
Ibu...
Setiap langkah perjalananku adalah di atas tapak-tapak yang telah dipijak olehmu.
Setiap kata ucapanku adalah di atas butir-butir huruf yang telah disusun olehmu.
Tidak ada bintang kemenangan yang dapat kusematkan ke dadamu.
Tidak ada lencana dan tanda jasa yang dapat kulekatkan pada dirimu.
Tidak ada pakaian kebesaran istimewa yang dapat kututupi tubuhmu.
Tidak ada kemewahan dan kemegahan yang dapat kukalungi hidupmu.
Terlalu suci pengorbananmu lahir dari fitrah seorang ibu.
Ampuni segala kesalahan di atas kelemahanku.
Di gerbang Ramadhan yang penuh keampunan dan keberkatan ini, tiada yang lebih berharga yang mampu kuhadiahkan melainkan bacaan surah yang mulia al-Fatihah buat Allahyarhamah ibu Minah binti Hamat. Al-Fatihah.
Atas dasar mengutamakan perkara yang lebih utama menyebabkan abah tidak mampu untuk update blog dalam jangka masa yang agak lama. Abah terpaksa mendahulukan kepada banyak perkara yang abah kira lebih utama untuk diselesaikan.
Walau bagaimanapun abah tertarik dengan satu program yang telah diadakan oleh sahabat lama abah yang menyebabkan abah teruja untuk mengabadikan di paparan blog.
Reunion SMKB 76-80
Melihat wajah-wajah sahabat yang hadir memaksa abah mengimbau kembali suatu ketika di zaman persekolahan. Ada wajah yang abah masih cam, ada yang sudah samar-samar dan tidak kurang yang abah tidak kenal langsung. Mereka seolah-olah wajah baru yang abah baru kenali walhal mereka begitu mengenali abah. MasyaAllah... terlalu lemah ingatan abah.
Bukannya lama pun, tidak lebih 40 tahun kami berpisah. Masing-masing sudah menyerlahkan rupa paras dan bentuk fizikal yang tidak boleh untuk disorok-sorok lagi. Rata-rata sudah memaparkan kepala putih yang beruban, badan besar yang mengembang dan kulit tua yang mengendur.
Begitulah keadaannya yang berlaku apabila berkumpulnya semula kami bekas-bekas pelajar sekolah Kebangsaan Islah dan Sek Men Kota Bharu tahun 1976 - 1980 yang telah diadakan di Restoran Nelayan Titiwangsa Sabtu lalu.
Tahniah dan terima kasih abah ucapkan kepada pihak penganjur khasnya saudara Alias Abdul Majid dan Shauki Serasi di atas usaha murni ini. Saudara telah menyambung semula tali-tali yang sudah putus, mempertautkan kembali hati-hati yang telah renggang. Persahabatan adalah anggur kehidupan.
Sambil mengemas sambil abah membelek album-album gambar lama yang berlonggok di dalam laci almari. Leka pulak dibuatnya.
Gambar demi gambar ditatap, abah mengimbau kembali masa lampau abah. Memang indah dan mengasyikkan. Kenangan dari alam persekolahan sehinggalah ke zaman kegemilangan dunia perkerjaan membuatkan abah tersenyum sendirian.
Paling membuatkan abah tersenyum ialah apabila pernah dimartabatkan sebagai anak seni. Berjuang sebagai kartunis! Satu profesyen yang agak glamor pada masa itu kerana bukan semua orang mampu melakukan. Hampir setiap minggu ada saja undangan ke sana ke sini bagi menceriakan sesuatu program sambil mendapat liputan media. Tugas kami menyampaikan mesej masyarakat dalam bentuk lakaran lucu yang sinis dan santai. Setidak-tidak pun dijemput menjadi hakim dalam pertandingan melukis.
Suatu ketika dahulu siapa yang tidak kenal kartunis Rejabhad dan Rasyid Asmawi. Dua nama yang tidak asing dan begitu akrab dengan dunianya. Dua nama yang amat abah hormati. Walau nama menjadi pujaan ramai mereka tidak hanyut dengan kemasyhurannya. Mereka tetap tunduk merendah diri. Abah menganggap mereka bukan sahaja sebagai rakan seperjuangan malah lebih sebagai guru yang mendidik. Mereka banyak menyedarkan abah tentang diri dan tanggungjawab justeru tanpa jemu mengingatkan setiap tiba waktu solat.
Kedua-dua mereka telah lama pergi. Hati abah sungguh tersentuh bilamana mengingatkan. Tiada anugerah penghargaan yang sebaiknya buat Allahyarham yang mampu abah hadiahkan melainkan doa. Semoga roh mereka berada di kalangan roh orang-orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah!
Lebih sebulan abah tidak menjengok blog-blog sahabat mahupun blog sendiri. Bukannya tidak sihat tetapi kerana terpaksa mengendalikan satu projek yang amat memerlukan komitmen dan penumpuan sepenuhnya. Tidak dapat untuk dinyatakan projek apa yang abah sedang laksanakan di sini tetapi yang jelas bukan projek video ...
Sudah menjadi satu tabiat, apabila diberi amanah untuk melaksanakan sesuatu projek, abah tidak akan tidur lena sehinggalah projek itu berjaya diselesaikan. Maka semasa mengendali projek, abah telah mengabaikan beberapa perkara seperti aktiviti riadah, aktiviti bersama keluarga dan paling teruk tidak mengikuti perkembangan semasa.
Semalam abah telah diajukan dengan satu pertanyaan mengejut oleh seorang rakan,
“Anak abah yang di UITM Perlis tu tak balik?”
“Ehh...! Dah cuti semester ke?”
“Belum... tapi UITM sudah arahkan semua pelajar balik kerana Perlis banjir!”
“Perlis banjir! MasyaAllah! Di luar pengetahuan abah!”
Ada orang tidak tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu, dia adalah orang yang jahil, maka ajarilah dia. Ada orang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu, dia adalah orang yang mencari, maka pimpinlah dia. Ada orang tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tahu, dia adalah orang yang tertidur, maka bangunkan dia. Ada orang yang tahu, dan dia tahu bahawa dia tahu, dia adalah orang yang mengetahui, maka tirulah dia.
Dulu abah tidak tahu. Alhamdulillah... kini abah tahu dan tidak ada sebab mengapa abah mesti berhenti daripada melakukannya. Usah memperkatakan lagi tentang penampilan abah yang berkopiah dan berjanggut. Abah tidak alim tetapi sekurang-kurangnya abah tahu itu adalah sunnah. Setiap perkara sunnah apabila dilakukan akan mendapat pahala.
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad kepada manusia) jikalau kamu cintakan Allah, ikutilah daku.”
(Surah Ali Imraan: 31)
Rasulullah saw telah menunjukkan satu cara hidup yang memberi kejayaan kepada manusia di dalam hidup di dunia dan juga di akhirat. Kejayaan orang-orang Islam termasuk kemajuan agama dan dunianya, memperbaikkan masyarakat manusia serta persekitaran sosialnya. Kesemuanya ini dapat diperolehi daripada teladan-teladan kenabian. Mengabaikan kelakuan-kelakuan ini adalah tanda yang jelas ke arah penyelewengan.
Kekayaan iman dan keyakinan tidak kekal selamat tanpa diselaraskan dengan kelakuan-kelakuan kenabian. Ia adalah satu kemestian kepada setiap orang, tidak kira sama ada dia seorang alim ataupun jahil.
Selawat dan salam buat Nabi junjungan, kerabat serta sahabat baginda saw. Syafaatmu amatku harapkan.
Abah baru keluar daripada sebuah bank kerana suatu urusan. Sedang abah berjalan menuju ke kereta yang di parking agak jauh, telefon berbunyi. Dalam keadaan kertas-kertas dokumen yang tidak tersusun di tangan, abah agak kelam kabut menggagau telefon di dalam kocek seluar.
Sambil menjawab panggilan, abah terus berjalan menuju ke kereta. Di kala menoleh ke kiri dan ke kanan untuk melintas jalan, kelihatan seorang pemuda sedang berjalan pantas melulu ke arah abah. Berseluar jean lusuh, berjeket kulit dan berkaca mata hitam.
“Alamak! Siapa pulak mamat ni? Gaya macam orang yang tidak boleh dibawa berunding. Apakah keperluan dia? Apakah yang dia hendakkan daripada aku? Mungkin dia nampak aku keluar dari bank tadi tetapi bukannya bermakna aku mengeluarkan wang.” Hati abah mula bersangka.
Setelah dia betul-betul berada di depan abah, dia menghulurkan sesuatu kepada abah.
“Eh! Nampak macam kenal... Ya Allah... Ini pen drive aku!”
Tentunya ia telah terjatuh sewaktu abah mengeluarkan telefon dari kocek seluar tadi. Alhamdulillah... kalau hilang susah juga kerana banyak kerja grafik abah yang disimpan belum di copy ke komputer.
Mungkin sedikit luarbiasa daripada biasa. Abah diserang demam yang agak panjang pada awal tahun diiringi bersama selsema, batuk, sakit tekak, sakit kepala dan sakit telinga. Alhamdulillah... sudah semakin pulih.
Tatkala sakit, seluruh anggota badan terasa lemah dan tidak bermaya menjadikan abah seorang pemalas. Nak berfikir malas, nak bekerja malas, nak bercakap malas dan nak mendengar orang bercakap pun malas. Kira nak tidur aje...
Setelah beberapa klinik dirujuk, mengambil ubat, antibiotik dan seterusnya membuat ujian darah, alhamdulillah simptonnya semakin berkurangan.
Begitulah apabila usia sudah meningkat, antibodi menjadi semakin lemah dan abah seharusnya menerima hakikat itu.
Mungkin ini adalah ujian awal tahun baru buat abah.
Namun, bila difikirkan ini baru ujian yang kecil dan rendah tarafnya jika dibandingkan dengan ujian mereka yang sedang terlantar di hospital kerana sakit yang lebih kronik dan tidak tahu bila sembuhnya.
Abah rasa amat bertuah hari ini kerana masih lagi dibangunkan oleh Allah SWT seperti hari-hari sebelumnya. Abah masih bernafas.
Tubuh badan sihat dan segar tanpa ada rasa tanda-tanda nak demam, selsema atau sebagainya. Kaki masih berupaya berjalan dan tangan masih gagah mengangkat. Mata masih jelas melihat, telinga masih mendengar dan mulut masih dapat bersuara.
Kelihatan juga pada wajah isteri dan anak-anak senyuman ceria tanpa ada sebarang keluh-kesah yang diluahkan.
Dapur pun masih kelihatan berasap.
Perhati pula di sekitar rumah yang masih kemas dan tersusun menandakan tidak ada sesiapa yang tidak diingini menceroboh masuk ke dalam. Pastinya tidak ada apa-apa kehilangan dan kerosakan yang boleh mendatangkan kerugian.
Alhamdulillah...
Abah bersyukur dengan sebenar-benar syukur...
Di sebuah tempat peranginan, aku melihat seorang pemuda sedang membonceng seorang gadis dengan mengayuh basikal di jalan yang mendaki. Melihat kepada kemesraannya, pada aku mereka adalah pasangan kekasih yang sedang bercinta atau pasangan suami isteri yang sedang berbulan madu. Peluh mengalir ke dahi si pemuda langsung tidak dihiraukan. Nafas tercungap kepenatan namun dia tetap tersenyum dan dikayuhnya juga basikal itu.
Melihatkan peristiwa itu berkatalah aku di dalam hatiku: Kalau hati telah jatuh cinta, yang berat dirasanya ringan, jalan yang berbukit dirasanya mendatar saja. Peluh yang mengalir umpama mutiara. Kepenatan dan kepayahan dijadikan suatu bingkisan kasih kepada si jantung hati...
Alhamdulillah... kita masih diberi peluang untuk menghirup udara tahun baru 1432 Hijrah. Samada bersedia ataupun tidak, kita perlu mengharunginya sekali lagi...
Berdoalah: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal Abadi, Yang Qadim, Yang Awal dan di atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah, Engkau telah memunculkan tahun baru di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan kepada-Mu di sepanjang tahun ini daripada syaitan yang direjam serta pembantu-pembantu dan tentera-tenteranya.
Ya Allah, Kami juga memohon pertolongan-Mu menjauhkan kami daripada nafsu yang banyak mendorong kami kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk memberikan kami melakukan usaha yang boleh mendekatkan kami kepada-Mu, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.
Amin ya Rabbal ‘alamin.
Nota: Sentiasalah berhijrah menuju ke arah yang lebih baik sementara masih berpeluang. Sementara belum dihijrahkan Allah daripada alam fana ke alam baqa, yang tidak mungkin kita berupaya untuk berbuat apa-apa lagi...
Sewaktu merebahkan badannya ke tilam, dia mula berbicara dengan dirinya sendiri. Dia berbuat demikian kerana sejak akhir-akhir ini didapati ramai orang memujinya. Pelbagai persoalan diajukan lalu dijawab oleh dirinya. Setelah hampir separuh malam bersidang, dia memutuskan untuk mengakui dirinya baik.
Dia merasakan begitu kerana di sepanjang tempoh kehidupan yang telah dilalui, rekodnya bersih. Seingatnya tidak ada sebarang jenayah yang pernah dilakukan. Tidak pernah minum arak, berjudi, apatah lagi merogol dan melakukan perkara-perkara sumbang yang lain. Jauh sekali meragut, mencuri, apatah lagi merompak. Kalau ada pun sesekali mencuri menghisap rokok sewaktu balik dari sekolah. Ahh... itu kira biasalah. Lagi pun peristiwa itu sudah lama berlaku, di zaman persekolahan dulu. Selepas tersedar bahaya rokok, dia tidak merokok lagi.
Mungkin kerana penampilannya yang baik dan warak membuatkan masyarakat memulia dan memujinya. Dia selalu pergi ke masjid dan surau untuk solat berjemaah. Pernah juga dilantik menjadi imam sembahyang sewaktu ketiadaan imam bertugas. Dia juga bukan kategori pelokek kerana bukan sedikit wang yang telah di dermakan untuk pembangunan surau di tempatnya.
Bersandarkan hujah-hujah yang telah dijawabnya sendiri dengan fasih dan lancar itu bertambah yakinlah dia untuk mengatakan dirinya baik.
Begitulah... apabila mendapat pujian, kita selalu menyangka diri kita baik. Lebih baik daripada apa yang sebenarnya kita tahu tentang diri kita.
Kata Ibn Juraij: Jika kamu telah membuat sesuatu yang baik janganlah kamu katakan ini aku buat.
Kata Zaid bin Aslam: Jangan mendakwa diri sendiri baik kerana itu adalah ‘ujub.
Bisyr bin Mansur termasuk dalam golongan orang yang apabila terlintas dibenak mereka ingat kepada Allah dan hari akhirat, mereka segera menekuni ibadah. Pada suatu hari dia menunaikan sembahyang dengan begitu lama dan seorang lelaki yang berada di belakang sedang memerhatikannya. Bisyr menyedarinya.
Lalu selepas sembahyang, dia berkata: Janganlah engkau berasa hairan melihat aku, sesungguhnya iblis yang dilaknat Allah telah beribadah kepada Allah Ta‘ala bersama dengan Malaikat dalam tempoh masa yang amat lama; kemudian terjadi apa yang telah terjadi padanya.
Ditanyakan kepada ‘Aisyah r.a.: Bilakah orang yang jahat itu dikira jahat?
Abah bukanlah seorang alim dan jauh sekali dikatakan sebagai ustaz. Abah tergolong dalam kategori orang tua yang masih belajar. Abah mencintai ilmu. Sekolah abah sekarang ialah masjid dan surau-surau. Apa yang abah sampaikan ialah apa yang abah dapat di sekolah abah. Abah teruja untuk berkongsi bersama kekawan melalui tulisan di samping lebih mengingatkan diri apabila abah menulis.
Walaupun begitu abah sebenarnya berasa takut untuk menulis. Abah takut dengan tulisan abah yang pandai menasihati orang lain sedangkan sebenarnya abah sendiri masih memerlukan nasihat. Ia seolah-olah membohongi diri sendiri. Menyampaikan sesuatu ilmu itu biarlah terlebih dahulu kita beramal dengannya. Jangan diumpamakan sebagai seorang jurujual yang bercakap hanya kerana ingin melariskan jualan semata-mata.
Abah suka sekiranya seorang jurujual menjual produk mereka setelah terbukti berkesan ke atas diri mereka sendiri berbanding memberi contoh testimoni orang lain.
Entah kenapa abah suka menulis soal kematian. Sehingga ramai yang meluat dengan tulisan abah, dah takde cerita pasal hidup ke, asyik mati, mati dan mati. Maafkan abah... Mungkin sebab perasaan begini yang selalu bermain di kotak pemikiran seorang yang sudah berada di hujung usia. Bagi abah ia adalah terapi yang berkesan apabila kita terlalu leka dengan urusan dunia. Apabila hati ada keinginan untuk sesuatu, perlulah segera diperingatkan, agar ia menjauhkan diri daripada godaan dunia.
Pada suatu hari Ibn Muti' melihat rumahnya. Dia kagum melihat rumahnya yang cantik, kemudian dia menangis. Katanya:
Demi Allah!
Kalaulah tidak mengingat akan mati
Aku amat suka melihatmu
Kalaulah kami tidak membayangkan kubur yang sempit
Kami mahu kekal hidup di dunia.
Tolonglah kami!
Sesuatu yang kita miliki tidak nampak bernilai selagi mana ia masih menjadi milik kita. Sesuatu yang kita miliki tidak nampak berharga selagi mana ia masih berada di dalam genggaman kita.
Ada orang berasa senang dan selesa dengan bentuk fizikal tubuh badannya, kejelitaan, kekacakan, kesihatan dan kemerduan suara yang dimiliki. Ada pula berasa megah dan kagum dengan kekayaan harta, rumah besar, kereta mewah, gedung di darat, kapal di laut, eset luar dan dalam negaranya. Tidak kurang juga yang berasa hebat dan gagah dengan pangkat, bintang kehormat, keilmuan, kebijaksanaan dan empayar pengaruh kekuasaan ciptaannya.
Kita selalunya terlupa bahawa pengurniaan kejadian diri yang menyebabkannya kita berasa selesa, senang, megah, kagum, hebat dan gagah itu adalah nikmat daripada Allah ‘Azza wa Jalla. Semuanya itu dapat hilang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Sekarang kita masih berupaya senyum kerana semua itu masih ada pada kita. Kita akan menangis apabila nikmat-nikmat itu sudah tiada lagi. Kita pasti akan merasakan suatu kehilangan besar dan terlalu memerlukannya. Kita pasti akan menyesal tidak sudah kerana tidak memanfaatnya semasa kita masih memilikinya dahulu.
Bayangkan apabila sepasang mata yang cantik dan galak tiba-tiba tidak dapat melihat lagi. Sedangkan nikmat melihat masih belum kita terjemah kepada fungsinya yang sebenar. Bayangkan lagi apabila susuk tubuh yang sihat dan segar bugar tiba-tiba lumpuh dan tidak dapat bergerak. Sedangkan nikmat sihat masih belum kita guna untuk memberi khidmat kepada yang memerlukan. Bayangkan pula otak yang cerdik dan pintar tiba-tiba tidak dapat berfikir secara waras dan rasional. Sedangkan nikmat keilmuan dan kepandaian masih belum kita guna untuk menyebarkan kepada mereka yang jahil.
Dan... bayangkan juga apabila sampai masanya nikmat nyawa pula ditarik. Pada masa itu semuanya sudah tidak berguna...abah amanhttp://www.blogger.com/profile/09317988054688084820noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-7200131377964598862.post-28817757535287652342010-10-16T16:40:00.000+08:002010-10-16T16:42:29.591+08:00apabila syaitan mentadbir hatiSeekor anjing lapar datang menghampiri. Jika tiada daging di tangan anda mungkin mudah anda menghalaunya. Memadai hanya dengan jeritan. Sebaliknya jika ada daging di tangan, anjing yang lapar itu pasti akan menerkam daging yang ada di tangan anda itu. Tidak cukup lagi untuk menghalaunya dengan sekadar jeritan.
Begitulah syaitan. Sekiranya ada hati yang padanya terdapat makanannya, maka syaitan akan berusaha untuk mendapatkan makanannya di situ. Tidak cukup menghalangnya daripada masuk ke hati dengan zikir sahaja, tetapi perlu mengosongkan hati itu daripada pengaruh hawa nafsu dan sifat-sifat mazmumah terlebih dahulu.
Jika tidak dikosongkan hawa atau syahwat akan menguasai hati, ia akan menolak zikir ke tubir hati, akibatnya zikir itu tidak dapat meresap dan menetap untuk melindungi hati. Dalam keadaan begini syaitan akan menyelinap masuk ke dalam hati, menguasai dan mentadbirkannya.
Apabila syaitan sudah menguasai hati, dia akan bertapak dan membentuk kerajaan. Dengan kuasa yang diperolehi, dia berupaya mencorak masa depan hidup anda. Anda terpaksa akur dengan segala perintahnya. Daripada seorang pengikut malaikat beralih menjadi pengikut syaitan. Daripada mirip seorang ahli syurga telah bertukar kepada mirip seorang ahli neraka.
Peluang untuk anda mentadbir semula hati anda bukanlah mudah. Memerlukan mujahadah yang amat tinggi. Yang pasti... tidak boleh menumbangkan syaitan melalui pilihanraya kecil kerana sesungguhnya syaitan itu makhluk yang tidak mati-mati...abah amanhttp://www.blogger.com/profile/09317988054688084820noreply@blogger.com2