Monday, March 19, 2012

sesekali melayangkan pemikiran

Di kala kesunyian dan keseorangan sesekali melayangkan pemikiran mengenang nasib jasad setelah mati. Berfikir dan bertafakkur disertakan dengan tadbir dan tadabbur.

Bayangkan keadaan jari jemari dan anggota tubuh badan yang pernah kita puja dan kita belai sewaktu hidup. Bagaimana tubuh menjadi hancur dimamah dan diratah oleh ulat tanah? Sesuatu yang pasti berlaku.

Betapa geli gelemannya bilamana ulat-ulat mula merayap menyelinap ke segenap tubuh, memasuki rongga mata, hidung dan telinga, lalu berasak-asak melahapnya! Suatu keadaan yang tidak ada daya dan upaya untuk kita menolaknya. Di saat dan ketika itu kita hanya rela menyerah, tidak seperti mana ketika kita masih hidup.

Siapakah yang simpati dan siapakah yang dapat melindungi? Yang pasti tidak ada sesiapa lagi, kecuali bekalan ilmu dan amal yang ikhlas kerana Allah Ta‘ala. Sekiranya ada...

3 comments:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    seribu gambaran 'kegusaran' menerpa ke benak bila memikirkannya. gusar akan 'bekalan' yg sedikit sgt....begitu juga perasaan semasa memandikan allahyarham bapa mertua baru-baru ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam nahmy,

      subhanallah... manfaat apabila menguruskan jenazah. kegusaran yang timbul akan mendorong kepada peningkatan amalan soleh. insyaAllah.

      Delete
  2. Syaaban tinggal beberapa hari lagi. Apakah dapat kita ketemu Ramadan? Umur tinggal berapa hari lagi agaknya? Sesungguhnya Malikul Maut sangat amanah dan efisyen dlm tugasannya. Usah tangguh lagi walupun sesaat untuk taubat & amal soleh, insyaAllah.

    ReplyDelete