Monday, November 14, 2011

khabar dari kampung


“Abah! Bakar dah takde!”

“Bakar? Bakar yang mana ni?”

“Bakar, menantu Angah Man!”

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.”

Abah amat mengenali Bakar. Beliau merupakan seorang guru, berusia dalam lingkungan awal 40an. Mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Ipoh, beliau pulang ke kampung semata-mata untuk memenuhi jemputan kenduri seorang saudara merangkap rakan baiknya yang telah agak lama tidak dikunjungi.

Seawal jam 10 pagi beliau dikatakan telah bersedia dengan pakaian yang kemas dan segak seakan tidak sabar untuk hadir ke tempat kenduri. Sementara menunggu isteri dan anak-anaknya bersiap untuk dibawa bersama, beliau dilihat tercungap dan sesak nafas. Kerana tersalah gamak, ayahnya yang tidak tahu memandu kereta terpaksa memanggil ambulan. Namun, takdir penentu segala, beliau telah menghembuskan nafas terakhir tatkala ambulan baru menjengah di halaman rumah.

Itu adalah antara khabar paling mengejutkan yang abah terima dari kampung. Khabar kematian yang melibatkan insan yang abah amat kenali. Kalau faktor umur diambil kira belum sepatutnya lagi dia mendahului abah. Begitu juga kesihatan dan keadaan fizikal tidak menunjukkan ciri-ciri untuk sampai kepada waktunya. Namun ajal tidak merujuk kepada itu semua.

Tanpa diduga dan tanpa disangka... Terlalu mudah...
Al-Fatihah buat Allahyarham Bakar.

7 comments:

  1. hidup ini perjalanan singkat ke dunia kekal. semoga kita semua berjaya mengharunginya.

    ReplyDelete
  2. salam cikli,
    sungguh... terlalu singkat. maka dengan baki waktu yang tinggal, manfaatkanlah...

    ReplyDelete
  3. Mati itu pasti. Kadang-kadang ia datang diluar duga dan secara tiba-tiba. Bila terdengar dan terbaca berita sebegini, rasa insaf menyelinap seketika. Tapi, lepas tu terus alpa.

    ReplyDelete
  4. salam shammel,
    Biasanya begitulah... macam jugak tengok kemalangan jalanraya. Masa baru nampak bawa kereta pelan sangat, lepas dua tiga kilomer berdesup semula. Manusia memang mudah alpa.

    ReplyDelete
  5. al-fatihah. semoga rohnya bersama roh para solihin & muqorrabin. semoga saya terus dpt berpesan pd diri betapa rapuhnya nyawa!

    ReplyDelete
  6. salam nahmy,
    insyaAllah, begitulah hendaknya. sama-samalah kita berpesan kepada diri supaya tidak terlalai daripada-Nya.

    ReplyDelete
  7. Itulah uniknya ajal, ia tidak mengenal usia. Sudah termaktub di atas sana. Hanya yg terbaik ialah sentiasa bersedia menemui ajal. Al-Fatihah buat arwah.

    ReplyDelete