Friday, May 7, 2010

kuasa ya atau tidak

Dua perkataan yang terlalu mudah untuk dilafazkan. Tetapi terlalu berat untuk dibuat pilihan. Kadang-kadang dalam saat yang teramat singkat ia boleh menentukan nasib dan wajah hidup kita sehingga berpuluh tahun. Mungkin.

Dengan hanya salah satu di antara dua perkataan YA atau TIDAK, boleh menentukan kehidupan kita menjadi manusia yang berharga atau menjadi manusia yang hina. Kerana sedikit kesalahan dan kelemahan hati semasa membuat keputusan YA atau TIDAK, ada insan menjadi korban, ada keadaan menjadi tegang.

Bahkan lebih daripada itu, dengan kalimat YA atau TIDAK menentukan kebahagiaan keturunan kita di hari kemudian. Seseorang mungkin akan menerima jasa gemilang melebihi emas dan permata daripada ibu ayah atau datuk neneknya. Boleh jadi juga seseorang akan memikul beban malu yang tidak dapat menyembunyikan mukanya.

12 comments:

  1. salam Bro

    walaupun perkataan itu ringkas dan cuma perlu pilih salah satu namun amat besar impaknya.Entry yang penuh maksud tersirat.TQ

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas entry yg menarik ini. YA atau TIDAK. Amat ringkas dan mudah sahaja utk dilafazkan. Namun kesannya amat berbeza. Dan, akibatnya terlalu ketara. Bukan setakat kesan dan akibat di dunia tetapi nun di akhirat sana.

    ReplyDelete
  3. salam qaseh mas,
    Perlu pembersihan hati sebelum menjatuhkan hukuman YA atau TIDAK.

    Terima kasih singgah blog abah!

    ReplyDelete
  4. salam shameel,
    Benar tu... Pemilihan YA atau TIDAK perlu datang dari ilham Allah. Bukan jawapan yang dipengaruhi oleh idea-idea syaitan...

    ReplyDelete
  5. itu yang susahnya... kadang-kadang kita sebenarnya nak sangat kata, YA, tapi disebabkan banyak faktor, kita pun jawab, TIDAK. Begitu juga, ada masanya kita memang betul-betul nak kata TIDAK, cuma masalahnya pada masa tu, kita terpaksa pula kata YA... maka bertaqiyyah lah kita sepanjang masa...

    Lebih-lebih lagi kalau kengkawan bertanya, hang ada duit tak... kalau agak-agak kawan tu memang jenis muka meminjam, dan-dan tu jugak kita akan kata TAKDAK sekalipun kita memang ada duit waimma sekupang dalam kocek...

    ReplyDelete
  6. salam abnormal,
    hahaha... bab pinjam-meminjam yang payah tu. Mungkin pernah kita kata YA ada duit. Dah beri pinjam tidak berbayar. Sekali dah terkena, tentu kita akan kata TIDAK ada duit!

    ReplyDelete
  7. salam abah..
    betul tu...dan sebenarnya ya atau tidak adalah berkenaan dgn 'kuasa pilihan'. nak pilih 'ya' atau 'tidak'. kenalah kita berhati-hati dlm membuat keputusan...ya atau tidak tu..

    ReplyDelete
  8. salam nahmy,
    Itulah... Jangan nanti sepatutnya YA dikatakan TIDAK. Sepatutnya TIDAK dikatakan YA...

    ReplyDelete
  9. YA dan TIDAK budak Saipool Bukhari di mahkamah menjadi LELUCON ABAD INI!


    - TERTUNGGU-TUNGGU ANTARA TIGA HAKIM YANG MANAKAH AKAN BERKATA 'YA' DAN YANG MANA PULA BERKATA 'TIDAK!'

    ReplyDelete
  10. salam az,
    Inilah pilihan YA atau TIDAK yang amat dinanti-nantikan oleh semua.

    YA atau TIDAK ini juga menjadi medan ujian Allah terhadap kejujuran dan pembohongan seseorang.

    Apa-apa pun semuanya tidak akan terlepas daripada YA atau TIDAK Allah di Mahkamah Rabbul Jalil kelak.

    ReplyDelete
  11. tersgt dalam maksud demo kali ni.
    Ya @ tidak perlu berlandaskan akal dan iman. Ya untuk kebaikan dan tidak untuk kemungkaran.

    ReplyDelete
  12. salam sano,
    kawe bukae apo... kekade tu gerae denga mereka yang memegae kuasa. menyalah gunakan kuasa YA atau TIDAK yang mereka ada tanpa memikir kesae akibatnya...

    ReplyDelete