Tuesday, May 18, 2010

peringatan buat anak-anak desa


Setelah sekian lama mendiami desa, anak-anak desa kian hilang kepuasan dengan desanya. Mereka telah merasa bosan membajak sawahnya dan menanami ladangnya. Mereka telah muak dengan lagu nyanyian unggas dan kicauan burung. Mereka juga telah tidak selesa dengan kesejukan air perigi dan air sungai yang mengalir deras.

Mereka tertarik dengan kehidupan kota yang serba terang benderang. Mereka kagum dengan kemajuan kota yang berkembang pesat. Mereka ingin menikmati kemegahan bangunan pencakar langit. Mereka teruja dengan aneka ragam keriangan hiburan kota.

Mereka terlalu menurutkan perasaan sedangkan mereka masih belum mengerti. Mereka belum merasa suasana hiruk pikuk kota dengan deruman enjin kenderaan yang tiada hentinya. Mereka belum menyedut udara nyaman kota yang berhabuk dan berjerubu. Mereka belum tahu politik kota yang rakus menjerat sesiapa sahaja tanpa kemanusiaan. Mereka belum menyaksikan jijiknya akhlak kebinatangan anak-anak kota.

Apabila anak-anak desa berduyun ke kota, mereka kebanyakkannya hanya seumpama semut mengejar cahaya lampu di musim hujan. Mengejar cahaya untuk menerima kematian.

Nota: Buat anak saudara abah yang ingin melanjutkan pelajaran di kota. Datanglah dengan iman.

18 comments:

  1. Salam warahmatullah..

    Setelah bertahun di kota, sememangnya desa selalu menghadirkan kedamaian di kala diri dihinggapi kejenuhan kehidupan kota.

    Moga langkah kita ke kota dengan iman dan persediaan. Sekadar perkongsian.

    wassalam.

    ReplyDelete
  2. anak desa
    anak kota

    ...bawalah iman dan taqwa bersama

    ReplyDelete
  3. kota... semestinya diharungi dgn iman...kalu tidok gak...hanyut habih laa anok mudo....mace2 doh ambo tengok di IPTA nih...moga2 anok sedaro ingak sokmo pesae abah...

    ReplyDelete
  4. salam nurr kasih,

    Memang... sesekali balik ke desa, serasa tidak mahu lagi kembali ke kota...

    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  5. salam tehr,
    Benar tu... tak kira siapa, tak kira ke mana, iman mesti di dada.

    ReplyDelete
  6. salam cikgu,
    itulah... niat nok belajar tu kena betul, jange dok rokrak kok lain... risau ambo cikgu.

    ReplyDelete
  7. Sabar dan benar
    dalam memberi pesan!

    ReplyDelete
  8. salam az,
    Zaman orang sudah tidak mahu mendengar nasihat dan peringatan. Kena banyak bersabar...

    ReplyDelete
  9. salam abah,
    kita yang pernah ke kota memang runsing... tapi itulah kitaran hidup.

    ReplyDelete
  10. salam cikli,
    runsing dengan perangkap maksiat, tambahan lagi di zaman judi dah menjadi halal ni...

    ReplyDelete
  11. salam abah..
    realiti hidup di kota memang banyak dugaan..
    tambah2 orang yang tidak kuat iman, hancur binasalah anak adam dek kerana nafsu dikuasai syaitan..

    sblm berhijrah ke kota, lengkapkan diri dulu dgn iman yang penuh di dada, janganlah lalai kerana orang yang lalai selalu rugi..

    ReplyDelete
  12. salam hanes,
    Bila iman lengkap di dada, insyaAllah... boleh menepis godaan.

    ReplyDelete
  13. Di mana bumi dipijak maka di situ jualah islam dijunjung. Hanya dgn ini, kita mampu berdiri teguh. Di mana-mana bumi yang menadah dan di mana-mana langit yang meneduh, berbekalkan iman, maruah kita tak mudah rapuh.

    ReplyDelete
  14. salam abah...memang betul..pengaruh dan kehidupan di kota besar kekadang mengerunkan..kita bole hanyut sekelip mata...moga cekal dan berjaya buat anak saudara abah..

    ReplyDelete
  15. salam shameel,
    Yalah... kalau rezeki kita dah di kota, ke kota jua kita. Perbetulkan niat dan tujuan. Bertawakallah kepada Allah...

    ReplyDelete
  16. salam arsaili,
    kota menjanjikan seribu macam kebahagiaan, kota juga menjanjikan seribu macam kesengsaraan.

    kota besar seumpama tempat arsaili sekarang tentunya lebih mencabar.

    ReplyDelete
  17. Bila Kuala Terengganu dirasmikan sebagai bandaraya, terus anak-anak muda datang menyambut dengan rambut berwarna-warni, berduri, pakaian menjolok mata, aksi kehaiwanan, dll. Itu masalahnya, padahal, bukan hebat mana pun bandarayanya.. rasanya masih tahap bandar.. Tapi itulah dia.. pembangunan tak berapa, maksiat pulak yang terbangun..

    Ps. Maksiat juga sudah menular ke kampung2.. Kampung dah tak sedamai dulu..

    ReplyDelete
  18. salam muhammad,
    Sungguh tu... kampung sudah tidak sedamai dulu. Kekadang bila abah balik kampung sedih bila tengok surau tidak diimarahkan. Diguna sekadar untuk solat berjemaah. Tidak ada majlis ilmu dan pengisian kerohanian. Sedangkan surau-surau di kota pula yang padat dengan aktiviti seumpamanya.

    Terima kasih jengok abah. Salam ukhuwah.

    ReplyDelete