Saturday, May 1, 2010

hari perhitungan


Mari kita sama-sama membaca dan menyelami ayat-ayat Allah yang berikut:

Al-Anbia’ : 47
“Kami (Allah) telah meletakkan timbangan keadilan pada Hari Kiamat, sehingga tiada seorang akan dianiaya walau sedikitpun, dan meskipun ada sesuatu usaha sebesar biji sawi pasti Kami kemukakan juga, dan memadailah Kami sebagai juruhisab.”

Al-Kahf : 49
“Dan diletakkanlah buku catitan amal, maka Engkau melihat orang-orang yang bersalah itu merasa takut dengan apa yang tercatat di dalamnya. Mereka lalu berkata: Celaka kami! Buku catatan apakah ini? Tidak ditinggalkannya perkara yang sekecil atau sebesar manapun, melainkan dihisab semuanya. Mereka mendapati apa-apa yang mereka kerjakan terpampang, sedangkan Tuhanmu tidak akan menganiaya kepada sesiapapun.”

Al-Mujadalah : 6
“Pada hari di mana mereka sekalian akan dibangkitkan oleh Allah, lalu diberitahu kepada mereka apa yang mereka kerjakan. Allah telah memperhitungkan kerja-kerja itu sedang mereka telah melupakannya. Dan Allah menyaksikan atas setiap sesuatu.”

Al-Zalzalah : 6-8
“Pada hari itu manusia kembali (dari hisab) sendiri-sendiri untuk diperlihatkan kepada mereka perbuatan masing-masing. Maka barangsiapa mengerjakan perbuatan baik seberat zarrah akan dilihatnya. Dan barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat seberat zarrah akan dilihatnya.”

Al-Baqarah : 281
“Kemudian dipenuhi kepada setiap jiwa (pembalasan) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dianiaya.”

Allahu Akhbar! Tidak takutkah kita? Tidak gerunkah kita? Tidak gementarkah kita? Tidak boleh dipercayaikah ayat-ayat Allah ini?

Hitunglah diri kita sebelum sampai pada hari perhitungan Allah.

6 comments:

  1. assalamualaikum abah..
    sekadar peringatan utk diri : mati itu pasti hidup insyaAllah...tp yg pasti masih juga tak buat preparation - sayalah tu!

    ReplyDelete
  2. salam nahmy,
    bukan abah hendak menakutkan sesiapa, tetapi untuk kita sama-sama takut kepada Allah!

    ReplyDelete
  3. salam bujang susah,

    Alhamdulillah dapat menjalin ukhwah dengan saudara. Banyak info dan tips mengendali blog serta tazkirah ilmu yang dapat abah manfaatkan bila abah ziarah blog saudara. Semoga usaha saudara mendapat keberkatan Allah.

    InsyaAllah abah akan selalu ke sana! Jazakallah.

    ReplyDelete
  4. Tak terbayang, bagaimana rupanya manusia yang petah berkata-kata, tiba-tiba lidahnya diikat dan ditambat bila berhadapan dengan Allah di akhirat kelak!

    -pancaindera sebagai saksi tak bisa menipu...Ya Robb!

    ReplyDelete
  5. salam az,

    Maka terburailah segala pekong dan tembelang yang amat diselindungi selama ini.

    Maka berderailah airmata penyesalan yang sudah tidak dapat memberi apa-apa makna lagi...

    ReplyDelete
  6. Kita hidup untuk mati.. Dan mati itu untuk hidup yang abadi.. 3 persiapan. Passport dan visa iaitu Islam dan iman yang sahih. Duit iaitu amal kebajikan yg ikhlas (riya' duit palsu). Dan bebaskan diri dari rekod jenayah. Kalau satu dari 3 ni tak lepas, kat imigresen tak lepas, ke penjara jawabnya..

    Ps. Tengah kumpul duit nak beli lot kat Syurga Firdaus..

    ReplyDelete