Wednesday, November 24, 2010

terapi yang berkesan


Abah bukanlah seorang alim dan jauh sekali dikatakan sebagai ustaz. Abah tergolong dalam kategori orang tua yang masih belajar. Abah mencintai ilmu. Sekolah abah sekarang ialah masjid dan surau-surau. Apa yang abah sampaikan ialah apa yang abah dapat di sekolah abah. Abah teruja untuk berkongsi bersama kekawan melalui tulisan di samping lebih mengingatkan diri apabila abah menulis.

Walaupun begitu abah sebenarnya berasa takut untuk menulis. Abah takut dengan tulisan abah yang pandai menasihati orang lain sedangkan sebenarnya abah sendiri masih memerlukan nasihat. Ia seolah-olah membohongi diri sendiri. Menyampaikan sesuatu ilmu itu biarlah terlebih dahulu kita beramal dengannya. Jangan diumpamakan sebagai seorang jurujual yang bercakap hanya kerana ingin melariskan jualan semata-mata.

Abah suka sekiranya seorang jurujual menjual produk mereka setelah terbukti berkesan ke atas diri mereka sendiri berbanding memberi contoh testimoni orang lain.

Entah kenapa abah suka menulis soal kematian. Sehingga ramai yang meluat dengan tulisan abah, dah takde cerita pasal hidup ke, asyik mati, mati dan mati. Maafkan abah... Mungkin sebab perasaan begini yang selalu bermain di kotak pemikiran seorang yang sudah berada di hujung usia. Bagi abah ia adalah terapi yang berkesan apabila kita terlalu leka dengan urusan dunia. Apabila hati ada keinginan untuk sesuatu, perlulah segera diperingatkan, agar ia menjauhkan diri daripada godaan dunia.

Pada suatu hari Ibn Muti' melihat rumahnya. Dia kagum melihat rumahnya yang cantik, kemudian dia menangis. Katanya:

Demi Allah!
Kalaulah tidak mengingat akan mati
Aku amat suka melihatmu
Kalaulah kami tidak membayangkan kubur yang sempit
Kami mahu kekal hidup di dunia.
Tolonglah kami!

Kemudian dia menangis sekuat-kuatnya.

17 comments:

  1. Salam Abah Aman,

    Sabarlah Abah Aman tidak menjadi kesalahan pun menulis tentang kematian. Penulisan Abah Aman tentang kematian memang menginsafkan sesiapa saja yang membaca blog ini.

    Semoga Abah Aman terus bekarya dan menyampai nasihat yang berguna pada kami semua.

    ReplyDelete
  2. salam abah, kematian mengajar kita akan kezuhudan apabila hidup dan menerima dunia. semoga Allah merahmati abah.

    ReplyDelete
  3. BERAMAL
    SEBELUM MATI
    SELEPAS MATI
    MENGHITUNG AMAL...

    kita masih ada waktu untuk beramal!

    ReplyDelete
  4. salam azril,
    InsyaAllah... semoga Allah memberikan kekuatan.

    ReplyDelete
  5. salam mohamadazhan,
    semua kita akan menghadapi maut. Mengingatinya penting supaya kita lebih bersedia.

    ReplyDelete
  6. salam az,
    benar tu... selagi masih hidup, kita masih ada waktu.

    ReplyDelete
  7. Salam abahaman
    Usia seperti kita mati adalah jiran yg paling hampir..mengintai kita setiap saat..mengingati mati satu kemestian..tak salah rasanya menulis tentang mati yang pasti...untuk diri kita dan sahabat2 lain.

    ReplyDelete
  8. salam idalara,
    sungguh tu... hidup tetap diteruskan, mati adalah sebagai peringatan.

    ReplyDelete
  9. salam abah..
    teruskan penulisan abah..penulisan ttg kematian mmg menginsafkan. peringatan untuk diri yg kadang lalai dengan urusan dunia..

    walau perjalanan sukar, namun membaca kata2 abah membuatkan berfikir untuk apa kita ada di sini..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum. tak kisahle apa org kata...sbb yg berkata tu pun kelak mati. mengingati mati sebenarnya menjadikan seseorang tu semakin intelligent. spt hadis nabi "mereka yg bijak dikalangan kamu adalah mereka yg mengingati mati" (maaf tak teringat sapa perawinya dan tahap hadis ini).

    ReplyDelete
  11. salam abah,

    kebijaksaan yang tertinggi ialah mengingati mati.

    lesen kereta mati pun kena ingat, apalagi diri sendiri.

    ReplyDelete
  12. salam nurr,
    insyaAllah... penulisan tetap abah teruskan sebab mungkin ini saja wadah yang mampu abah gunakan. Nak berceramah tak terkeluar suara...

    ReplyDelete
  13. waalaikumusalam nahmy,
    sungguh... orang berhak untuk berkata apa saja tetapi kita juga berhak untuk mendengar beberapa saja...

    ReplyDelete
  14. salam cikli,
    Subhanallah... satu perbandingan yang tepat. Mantiq!

    ReplyDelete
  15. salam abah...teruskan menyampai peringatan...moga diberi ganjaran setimpal insyaallah...

    yang PASTI.....M.A.T.I....

    ReplyDelete
  16. salam cikgu,
    insyaAllah cikgu, di atas sebab itu abah gagahkan juga...

    ReplyDelete