
Apabila terlintas padanya persoalan kematian, keperluan memikirkan tentang kematian dan membuat persediaan menghadapinya, dia akan menangguhkan lalu berjanji dengan dirinya dengan berkata:
“Hari-hari di tanganmu. Tunggulah... bila telah dewasa, kita boleh bertaubat.”
Apabila telah dewasa, dia akan berkata, “Belum kahwin lagi ni. Tunggulah... bila kita sudah tua."
Apabila sudah tua, dia akan berkata, “Tunggulah... bila kita dapat membuat rumah dan mengumpul harta. Tunggulah... selepas kembali dari melancung atau bagilah aku peluang pergi menunaikan ibadah haji terlebih dulu. Tunggulah... setelah anak habis belajar, bekerja dan menyediakan rumah untuknya. Tunggulah... sehingga aku buktikan kehebatanku kepada sainganku dan kepada dunia. Tunggulah...” Semakin banyak alasannya.
Dia tetap akan menjangka kadar hidupnya lebih lama walaupun angka usianya hampir mencecah tiga digit. Dia menangguhkan ajalnya disebabkan perjuangannya yang belum selesai.
Dia akan terus menangguhkan dan melambatkannya. Dia tidak akan dapat menyelesaikan kerjanya kerana selepas satu kerja, ada kerja yang menantinya yang perlu diselesaikan. Dia akan terus menuruti kehendak hawa nafsu yang tidak dapat dipenuhi melainkan dengan harta, pangkat, kuasa serta panjang angan-angan. Begitulah yang terjadi dengan berterusan, hari demi hari, kerja demi kerja, sehinggalah datang maut yang tidak diketahui dan tidak diduganya.
"Tunggulahhhh...." dia masih merayu untuk menangguhkan ajalnya.
salam..
ReplyDeletesesaat pun tak leh cepat atau lambat....
salam sekamar rindu,
ReplyDeletesebenarnya begitulah... kalau dah sampai ajal mana boleh dirunding-runding lagi...
takutnya kita kerana tidak bersedia...
ReplyDeleteadakah saya tergolong dalam golongan ini....
ReplyDeletesalam cikli,
ReplyDeleteAbah pun. Memang takut sungguh. Bila difikir-fikir rasa macam dah cukup masa...
salam zaher,
ReplyDeleteAbah rasa zaher baru di stage dewasa, belum sampai stage tua lagi... boleh u turn...
Salam abah.
ReplyDeleteManusia sering tertipu dgn usia. Mrk menyangka ajal hanya utk yg tua. Mrk lupa banyak juga kelapa muda yg gugur ke bumi.
salam shameel,
ReplyDeleteBenar tu... tapi bertangguh orang muda, ghalibnya masih ada masa lagi. Kalau bertangguh orang tua, memang tak sedar diri...
salam abah.
ReplyDeleteitulah yg dituntut utk kita sentiasa 'bersedia'. lahir je kita ke dunia...persiapan utk mati sebenarnya dah dimulakan. tp itulah yg kita tak terbuat (termasuklah saya sendiri). spt yg Saidina Ali ucapkan...'hidup adalah tidur, mati itu terjaga'
salam..terima kasih atas peringatan..moga dapat saya memperbaiki diri..sentiasa 'bersedia'
ReplyDeletesalam
ReplyDeletemudah baca, mudah faham
insyaallah terlepas dari sikap bertunggu-tunggu ni
terima kasih
Assalamualaikum dan salam ziarah abah..
ReplyDeleteJazakallah ats perkongsian, sgt mengingatkan.
Mukmin itu saling mengingati, dan mukmin yg bijak ialah yg mengingati mati..
Moga ALLAH pandu semuanya..
salam nahmy,
ReplyDeleteTerima kasih. Abah pun sikit lebih kurang la jugak. Sekali rasa macam bersedia, sekali rasa macam tidak...
salam arsaili,
ReplyDeleteInsyaallah... sama-sama kita ingat memperingati.
salam tehr,
ReplyDeleteInsyaAllah... bila kita berkehendakkan yang baik Allah akan mempermudahkan.
waalaikumusalam bintu arifin,
ReplyDeleteAlhamdulillah... kalau difikir baik, maanfaatkanlah... kalau dirasa berharga, abadikanlah...
Terima kasih atas ziarahnya dan semoga sentiasa di dalam perlindungan Allah.