Saturday, August 21, 2010

pengisian ramadhan pengisian perut


Bagaimanakah berpuasa? Anak-anak kecil tentunya menjawab: tidak makan dan tidak minum. Amatlah malang kalau anak-anak dewasa juga turut menjawab seperti mana anak-anak kecil itu.

Anak-anak dewasa sepatutnya menjawab: Mencegah mata, lidah, telinga dan kemaluan daripada melakukan dosa; mencegah tangan dan kaki daripada melakukan perkara yang makruh; mencegah perut daripada segala harta yang syubhat sewaktu berbuka.

Makanan yang halal dapat mendatangkan mudharat disebabkan banyaknya. Seumpama seorang yang banyak memakan ubat tetapi meminum racun.

Abah cukup sedih bila mana berlaku di sesetengah tempat, soal moreh terlalu dititik beratkan. Borang diedar untuk mendapatkan dana penyediaan moreh. Niatnya molek kalau untuk menjinakkan anak-anak kecil mahupun anak-anak dewasa ke surau. Tetapi janganlah terlalu diutamakan sehinggakan kalau takde moreh seakan tidak sah solat terawih.

Berasa lapar dan dahaga merupakan salah satu objektif utama puasa. Tidak tercapai objektif berpuasa selain menyediakan makanan sama seperti makanan malam pada bulan-bulan yang lain. Hayatilah sepenuhnya sabda Nabi saw yang bermaksud: “Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya selain lapar dan dahaga.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Dikatakan orang yang sedemikian berbuka puasa dengan makanan yang haram. Dikatakan lagi dia orang yang menahan diri daripada makan makanan yang halal dan berbuka dengan daging manusia kerana mengumpat. Dikatakan juga, dia adalah orang yang tidak menjaga anggotanya daripada dosa.

Tidak ada ertinya berpuasa dengan menahan diri dari memakan makanan yang halal tetapi berbuka dengan makanan yang haram, samalah seperti orang yang membangunkan istana tetapi meruntuhkan kota.

8 comments:

  1. salam,

    setahu saya istilah moreh ni di kelate tak popular. org tak tahu pon apa moreh tu.
    menoreh tu popular la.

    ReplyDelete
  2. puasalah denga sebenar-benarnya puasa...syurga merindui orang yang berpuasa dengan sempurna =)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum abah..
    betulla tu abah, pengertian puasa bg sesetengah dari kita begitu cetek..sbb apa? kerana enggan nak tuntut 'ilmu'. bagi mrk 'ilmu' agama ni bila pencen abru nak mengaji...bila beramal gtanpa ilmu apa yg jadi? jdlah spt yg abah nyatakan itu..

    ReplyDelete
  4. salam abah,
    betul ramai yg berpuasa hanya kerana mengikut tradisi. tanpa ambil tahu makna yang lebih besar disebaliknya. amatlah rugi. moga kita juga diberi kekuatan utk melaksanakan ibadah puasa ini semakin baik dari hari ke hari.

    ReplyDelete
  5. salam cikli,
    sengoti tu... abah pun mengenal istilah tu sejak datang kl ni...

    ReplyDelete
  6. salam shukri,
    sungguh tu... janji Allah adalah benar...

    ReplyDelete
  7. salam nahmy,
    itulah pasal ada yang rajin puasa tetapi tidak solat...

    ReplyDelete
  8. salam nurr,
    Walau Ramadhan sudah berakhir, semoga amalan baik kita di bulan berkat itu akan berterusan pada bulan-bulan lain. InsyaAllah!

    ReplyDelete