Thursday, August 5, 2010

maafkan aku wahai isteriku


Telefon bimbit abah bergetar. Memang abah suka menggunakan mode vibrate pada telefon bimbit abah. Tidak bising dan tidak mengganggu sesiapa. Petang itu abah baru sahaja selesai acara pada hari kedua bengkel penambahbaikan syarikat yang diadakan di Palm Spring Resort di Port Dickson.

“Selamat hari ulangtahun perkahwinan bang...”

Satu suara yang sudah tidak asing lagi buat abah sejak 22 tahun yang lalu. Suara daripada seorang yang bernama isteri.

“Astaghfirullah al-azim... maafkan aku wahai isteriku.”

Abah mulai rasa bersalah apabila mendengar ucapan itu. Mengapakah abah masih membiarkan dia terlebih dahulu mengucapkannya? Sudah hampir suku abad kami hidup bersama, tidak pernah sekali abah berpeluang untuk mendahuluinya mengucapkan selamat hari ulang tahun perkahwinan.

Abah akui yang diri ini memang seorang yang amat lemah di dalam perkara-perkara yang melibatkan nombor dan bilangan. Entah kenapa abah memang sukar untuk mengingati sesuatu tarikh, nombor mykad, nombor telefon dan seumpamanya. Lebih cepat bagi abah mengingati doa-doa dan ayat-ayat al-Qur’an yang mana abah mulai berjinak untuk menghafalnya.

“Selamat hari ulangtahun perkahwinan isteriku...”

“Abang bersyukur kerana dipertemukan Allah denganmu. Di samping mendapat kehormatan menjadi diriku, abang juga mendapat kehormatan menjadi suamimu. Selama 22 tahun dalam perkahwinan kita, ia masih merupakan sumber cinta kasih, keberanian dan kelembutan. Dalam selarut masa selama itu engkau gelumangi abang dengan kasih dan sayangmu. Engkau mencintai suamimu melebihi dari cintamu kepada dirimu sendiri. Walau banyak yang harus diderita selama itu, namun ia mengenalkan kita masa-masa penuh bahagia.”

“Sungai airmata dan tetesan darah penderitaan sepanjang jalan yang kita lalui merupakan siraman bunga hidup kita.”

24 comments:

  1. tahun dpn abah jadi 0rang pertama bagi ucapan.. nanti Ada ingat kan abah.. =)

    ReplyDelete
  2. salam anakku Ada,
    terima kasih anakku... itupun kalau masih diberikan usia. tapi apa yang lebih penting abah mengharapkan doa daripada anak-anak abah agar kami diberikan kebahagiaan yang berkekalan di dunia dan akhirat. InsyaAllah!

    ReplyDelete
  3. buat reminder kt handset tarikh2 penting ;)

    ReplyDelete
  4. salam afiqah,
    itu pun satu lagi kelemahan abah... tidak pandai untuk memanfaatkan teknologi. lagipun henset model zaman retro...

    ReplyDelete
  5. Salam abah,
    Biasa juga berlaku pada abah nurr :).

    Selamat ulangtahun perkahwinan kepada abah dan isteri. Semoga keluarga abah slu dilimpahi sakinah, mawaddah dan warahmah. Berkekalan hingga ke syurga. Ameen.

    ReplyDelete
  6. salam nurr,
    abah rasa kes begini mungkin berlaku pada kebanyakkan mereka yang bergelar abah. Mereka lebih kurang prihatin kepada soal-soal sebegitu berbanding seorang isteri.

    terima kasih dari kami sekeluarga buat nurr kerana mendoakan kami. Ameen.

    ReplyDelete
  7. Sapa tak syg bini oii....
    P.Ramlee cakap...
    Pakwi taip je...

    ReplyDelete
  8. salam abah.

    Moga rumahtangga gapai mardhotillah sentiasa. Tahun depan abah pula kena mendahului ucapan selamat ulangtahun perkahwinan.

    "DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH"

    ReplyDelete
  9. semoga berkahwinan abah & isteri kekal hingga ke hujung nyawa,

    tq sb sudi singgah blog sya.

    ReplyDelete
  10. selamat ulang tahun perkahwinan abah.

    kalau 22 tahun lalu maknanya, masa tu abah tengah berkerastangan tu.

    lain kali ucapkan 2 hari lebih awal... isteri solehah untung dunia akhirat.

    ReplyDelete
  11. salam shameel,
    insyaAllah kalau masih dipanjangkan umur. Abah berazam untuk mendahului.

    terima kasih atas doanya.

    ReplyDelete
  12. salam aishah,
    insyaAllah... begitulah hendaknya.

    terima kasih atas ucapan dan selalu-selalulah jengok abah.

    ReplyDelete
  13. salam cikli,
    memang tepat sekali... zaman tengah rancak berkerastangan tu. tak sangka pula otak pun naik keras juga...

    terima kasih atas ingatan. insyaAllah! abah akan cuba untuk mendahului.

    ReplyDelete
  14. cam omputih kata 'happy anniversary'. semoga ikatan perkahwinan terus subur dan bersinar hendaknya. bab...ingat tarikh tu...samalah kita, skrg kena buat 'alarm reminder' kat h/p. apapun selamat berpuasa & mengimarahkan Ramadhan.

    ReplyDelete
  15. salam nahmy,
    alhamdulillah... terima kasih atas doanya. insyaAllah... abah pun nak kena belajar-belajar set alarm reminder jugak.

    Salam Ramadhan kariim.

    ReplyDelete
  16. 22 tahun!!!???? Demo memang 'kemah'!

    ReplyDelete
  17. salam sahabatku dek!
    itulah dia... alhamdulillah! Kemah keming. tapi demo pun kemah keming jugok tu...

    selamat puaso dek!

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah kerana nikmat keluarga dan pasangan hidup. Ramai yg yg tidak bernasib baik di luar sana atau kecundang di tgh jalan. Tahniah Abah. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ini dgn istiqamah dlm beribadah dan mencapai takwa kepada Allah, insyaAllah.

    ReplyDelete
  19. salam sot,
    Alhamdulillah. Syukur kepada Allah di atas nikmat kebahagiaan yang dikurniakan.

    Terima kasih atas doanya.

    ReplyDelete
  20. SUBUR pokok tu...dah ada 5 dahan yang kukuh dan tak lama lagi ada ranting yang merimbun subur!
    Syukur!

    ReplyDelete
  21. salam tn...
    sgl puji2an bg Allah yg mngurniakn tn zaujah yg baik, tnang, sobar... meh bwk gi jln2 saigon... honeymoon & nyoping apa patut... dok gituu??

    ReplyDelete
  22. salam sahabatku az,
    alhamdulillah... begitulah adanya. semoga Dia memberikan buah yang manis dan lazat pula. Insya Allah.

    terima kasih atas ingatan...

    ReplyDelete
  23. salam pakngah,
    alhamdulillah... syukur di atas segala nikmat yang dikurniakanNya.

    jln2 saigon? insyaAllah sampai nanti.
    setakat ni pekan semenyih pun belum habis ronda lagi ni...

    ReplyDelete