Friday, July 30, 2010

bersolat di sejadah panjang


Waktu maghrib sudah pun masuk. Abah menghamparkan sejadah di atas jalanraya yang bergarisan cat berwarna kuning yang sudah pudar. Abah amat yakin itu adalah tempat meletak kereta. Namun tidak kelihatan pula sebarang kenderaan di situ.

Tikar sejadah abah agak panjang daripada yang biasa dilihat. Abah pun tidak pasti dari mana abah memperolehinya. Isteri dan anak-anak abah turut menghampar tikar sejadah mereka di sebelah belakang selaku makmum.

Suasana agak lengang. Cuma kelihatan seorang dua peniaga kereta sorong sedang meneruskan jualan tanpa pelanggan. Abah mengenakan jubah putih yang selalu abah gunakan sudah bersedia untuk mengimamkan solat.

Tanpa diduga kami didatangi oleh sebuah keluarga yang memang abah amat kenali. Mereka adalah jiran lama kami. Rasanya sudah lebih sepuluh tahun kami tidak berhubung sejak kami berpindah ke rumah baru. Tidak sangka pulak kami boleh bertemu di sini, sebuah tempat yang asing dan aneh.

Kedatangan mereka yang sudah lengkap berbaju Melayu dan bertelekung menunjukkan mereka juga bersedia untuk menunaikan solat. Tanpa banyak bicara mereka turut menghamparkan tikar sejadah masing-masing. Abah memulakan takbirratul ihram diikuti dengan membaca doa iftitah dan surah al-Fatihah.

Belum pun sempat menghabiskan bacaan, kami telah dikejutkan dengan satu insiden serbuan ala-ala zionis yang dilakukan oleh sekumpulan manusia yang mengaku pegawai dari jabatan agama. Mereka segera memberhentikan solat kami seraya menunjukkan kad kuasa mereka. Suasana menjadi tegang. Kami telah dikatakan bersalah kerana mengerjakan solat di tempat awam tanpa permit.

Aik! Pelik sungguh. Bukankah solat boleh didirikan di mana sahaja ceruk di bumi Allah ini? Abah cuba menerangkan tetapi mereka keras membantah. Ini telah membuatkan abah terjaga. Astaghfirullah al-azim. Bermimpi rupanya.

Berbagai persoalan bermain di kotak pemikiran abah. Abah menceritakan kisah mimpi abah kepada isteri abah. Kami mengambil keputusan untuk menziarahi keluarga jiran lama kami pada hujung minggu ini, insyaAllah. Mungkin ada hati-hati yang retak perlu dirapatkan dan ada tali-tali yang putus perlu disambung semula.

12 comments:

  1. Astaghfirullah al-zaim. bukankah semua tempat adalah musollah kecuali tandas dan tanah kubur? nasib baik mimpi. fuh...

    ReplyDelete
  2. sngoti tu Bah...keno ziaroh saing2 lamo hok ambo raso demo pong dok teringak ko Abah jugok tuh...

    ReplyDelete
  3. ish selamat mimpi..
    tapi xmustahil satu hari nnti bakal jadi juga begitu

    ReplyDelete
  4. semoga mimpi ngeri itu tak menjadi satu realiti sadis di bumi bertuah 'one-malaysia' kita ni...

    ReplyDelete
  5. salam abah..
    Mimpi rupanya :). Moga x jd kenyataan, mklumlah negara kita skrg ini, berhimpun sikit nak tgk permit.hu.

    selamat berziarah abah. smga segalanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah abah. Moga mimpi sekadar mimpi. Namun, mungkin juga ada frasa-frasda maknawi disebalik mimipi itu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  7. salam shukri,
    Benar kata shukri tu. Itulah yang abah cuba nak terangkan tetapi tidak berkesempatan kerana telah terjaga terlebih dahulu.

    terima kasih di atas perkongsian.

    ReplyDelete
  8. salam cikgu,
    ya Allah!ampunkan abah! memae abah silap. tak patut abah lupokan mereka. wala pong bergelewak denga urusan seharian, perhubunge sesamo manusia keno jago...

    terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  9. salam fakhrur,
    kata orang mimpi itu mainan tidur. memang ya... tetapi kekadang boleh membuatkan kita berfikir sejenak!

    terima kasih fakhrur...

    ReplyDelete
  10. salam nahmy,
    abah pun berharap mimpi abah tidak akan menjadi kenyataan. Berdasarkan rekod-rekod lepas, mimpi-mimpi abah belum pernah menjadi kenyataan pun.

    ReplyDelete
  11. salam nurr,
    betul kata nurr, mungkin kerana kes-kes seumpama itu menyebabkan ia terbawa-bawa ke dalam mimpi abah.

    tetapi sekurang-kurangnya mengingatkan abah kepada jiran lama abah. terima kasih atas doanya...

    ReplyDelete
  12. salam shameel,
    sungguh! mimpi nabi-nabi dan para rasul adalah benar sebagaimana mimpi Nabi Ibrahim as dan Nabi Yusof as. mimpi kita-kita ni sekadar mimpi aje kot...

    ReplyDelete