Saturday, July 10, 2010

apakah koleksi anda?


Kalau di zaman kanak-kanak dulu, ada rakan abah yang suka mengumpul setem, mengumpul getah pemadam, menangkap rama-rama dan sebagainya.

Hari ini abah tengok rakan abah ada hobi lain pulak. Hobi yang lebih matang dan bernilai tinggi. Mereka gemar membuat koleksi barang-barang antik, basikal tua, kereta lama dan sebagainya. Yang wanitanya pulak biasalah… koleksi barang-barang kemas, beg tangan, pinggan mangkuk dan sebagainya.

Tidak salah… sekurang-kurangnya tidak terjebak kita dengan perkara yang tidak berfaedah dan memudaratkan. Dengan syarat tidak terleka kita dengannya.

Dalam pada itu, tidak terlintaskah kita untuk cuba-cuba membuat koleksi amal ibadat? Koleksi yang lebih bermanfaat dan amat-amat diperlukan di negeri akhirat kelak.

Barangsiapa mengumpulkan enam perkara, nescaya ia tidak meninggalkan mencari syurga dan menjauhi dari neraka. Pertama, ia mengenal Allah dan mentaatinya. Kedua, ia mengenal syaitan dan mendurhakainya. Ketiga, ia mengenal kebenaran lalu mengikutinya. Keempat, ia mengenal batil lalu menjauhkan dirinya. Kelima, ia mengenal dunia lalu menolaknya. Keenam, ia mengenal akhirat lalu mencarinya.

Teringat abah di dalam sebuah hadith bila mana Rasulullah saw ada menyatakan, Abdul Rahman bin Auf berjalan di atas titian siratal mustaqim dalam keadaan merangkak lantaran koleksi hartanya yang banyak. Apabila Abdul Rahman mendengar berita itu beliau lalu bersedekah seratus ekor unta yang sarat dengan muatan kerana bimbang akan tergelincir ke neraka.

Itu sahabat Rasulullah saw, koleksi harta tidak melekakan dia untuk koleksi amal ibadatnya. Bagaimana pula kita? Terlalu leka dengan koleksi dunia yang tidak seberapa sehingga terabai koleksi akhirat.

Datang ke masjid itu israq, solat itu mikraj bagi orang beriman. Barang siapa tidak ada masa untuk Allah, nescaya Allah juga tidak ada masa untuk kita. Selamat menghayati peritiwa Israq dan Mikraj Nabi saw.

10 comments:

  1. siapa yang tiada masa untuk allah maka allah juga tidak ada masa untuknya

    kebenaran yang perlu disedari dan diterima

    terima kasih kerana entri ini sangat mudah untuk difahami

    ReplyDelete
  2. salam tehr,
    formula mudahnya begitulah...

    barangsiapa suka jumpa Allah, Allah akan lebih suka jumpa kita.

    ReplyDelete
  3. salam..abah, istidraj...itula harta yg di jadikan Allah sbg ujian utk kita, samada semakin dekat atau semakin jauh kita dari-Nya. semoga kita semua mendpt pentunjuk dr-Nya.

    ReplyDelete
  4. salam nahmy,
    Betul tu... jadikan koleksi dunia sebagai koleksi yang boleh dibawa ke akhirat. InsyaAllah!

    ReplyDelete
  5. Salam Abah..
    Alangkah ruginya ye abah jika kita masih terus leka..Koleksi di 'sini' pun tidak seberapa, tetapi mengapa pula malas membuat koleksi untuk di 'Sana'.

    Mudah-mudahan koleksi dunia yang sedikit ini, menjadikan kita laju di titian-Nya.

    Syukran atas peringatan.

    ReplyDelete
  6. Abah= syukran, atas entry yg menarik. Saya teringat kata-kata Tok Guru Nik Aziz kat kuliah pagi jumaat di bangunan Pas beberapa tahun yg lalu,. katanya, bersedekah adalah money changer utk menukar mata wang di dunia dunia kpd mata wang di akhirat(pahala)

    ReplyDelete
  7. Allah Hu Akbar..Stesen seni yang cantik. Kaunter tiket yang meriah. Peringatan AWAS yang ikhlas..nasihat entry yang sungguh mendalam..terima kasihlah Ustaz Abah Aman !!!

    ReplyDelete
  8. salam nurr,
    sungguh tu! jangan kita terus leka mengimpikan tempat yang indah tanpa berjalan menuju ke arahnya. pasti kita takkan sampai.

    selagi masih hidup, masih ada harapan... InsyaAllah.

    ReplyDelete
  9. salam shameel,
    Abah pun pernah juga dengar kata-kata tu, tapi tak ingat di mana. Mungkin di dewan zulkifli atau dari cd ceramah beliau. Mantiq!

    ReplyDelete
  10. salam sal,
    alhamdulillah. segala puji bagi Allah! abah sekadar membumikan sedang segalanya adalah daripada Allah.

    harap mesejnya dapat dimanfaati oleh kita bersama.

    ReplyDelete