Saturday, June 26, 2010

masih belum puas?


Si miskin berangan hendak menjadi kaya, si kaya sibuk berkira menambah kekayaannya. Si hina berjuang mencari kemuliaan, si mulia pula rakus mengejar kekuasaan.

Sudah punya motosikal, hendak pula kereta. Sudah mendapat kereta kecil, teringin pula kereta yang besar. Sudah ada kereta besar, hendak pula kereta mewah dan mahal. (Sudahnya mendapat kereta jenazah).

Begitulah juga mereka yang sudah memiliki rumah pangsa, bercita untuk membeli rumah teres. Sudah mendapat rumah teres, teringin pula rumah berkembar. Bila dah mendapat rumah berkembar, masih mengidamkan rumah banglo. (Penghujungnya mendiami lubang sempit di alam barzah).

Sepatutnya kita bersyukur dengan anugerah nikmat Allah yang telah kita ada. Syukurlah kita ada kereta, ada orang tu ada motor aje. Syukur kita ada motor, ada orang tu ada basikal aje. Syukur kita ada basikal, ada orang tu jalan kaki saja. Syukur kita ada kaki, ada orang tu takde kaki. (Syukur kita takde kaki, ada orang tu takde otak).

Kita seharusnya tahu rahsia kehidupan di dunia. Mungkin hari ini disenyumkannya, besok ditangiskannya pula.

Kalau hendakkan pangkat kekuasaan, jangan diingat tatkala Napoleon menjadi kaisar, tetapi hendaklah diingat bila mana dia mati di tanah pembuangan. Kalau hendakkan harta kekayaan, jangan dilihat tatkala Qarun dengan kunci khazanah alamnya, tetapi lihatlah bila mana dia mati ditelan bumi.

Setiap yang berlaku di dunia ada rahsianya dan rahsia dunia ganjil sekali. Setiap yang mulia mengandungi racun. Setiap yang sengsara mengandungi penawarnya pula.

12 comments:

  1. salam warahmatullah abah,
    terima kasih atas entry yang selalu mengajak untuk bermuhasabah diri.Ya Allah syukur atas nikmat yamg Engkau kurniakan kepada kami.

    'Kita seharusnya tahu rahsia kehidupan di dunia. Mungkin hari ini ditangiskannya, besok disenyumkannya.'

    ReplyDelete
  2. salam. cantik ayat ni..tersurat dan tersirat..moga menjadi peringatan pada kita..

    ReplyDelete
  3. salam abah. Wah hebat sekali pesanan ini. Bahasa yg indah dan menikam ke hati.

    Saya teringat sepotong kata( saya dh lupa siapa yg melafazkannya)" Jgn menangis hanya kerana ketiadaan sepatu sebelum melihat mereka yg tak mempunyai kaki". Jadi kita kena lihat org yg lebih susah supaya sentiasa bersyukur.

    Manusia mmg susah mau puas. Nabi s.a.w ada bersabda" jika diberi dua lembah penuh berisi emas, pasti ia akan mengkehendaki lagi lemabah yang ketiga"

    ReplyDelete
  4. salam abah, itula dia fatamorgana dunia...jadi hendaknya kita mohon petunjuk-Nya agar tak tersalah membuat pilihan. sesungguhnya kita sentiasa dlm 'kerugian'...wallahualam

    ReplyDelete
  5. ya Allah, jadilah kami golongan yang bersyukur. terima kasih abah atas ingatan ini.

    teringin nak belanja abah teh tarik...

    ReplyDelete
  6. kata yg indah lahir dari pemikiran yg berhikmah, hati & jiwa yang tunduk kepada Allah...masyaallah...timo kasih Abah

    ReplyDelete
  7. salam nurr,
    Alhamdulillah! Abah sekadar menzahirkan lintasan hati. Syukur atas ilham yang Allah anugerahkan. Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

    ReplyDelete
  8. salam sal,
    Alhamdulillah! Semuanya daripada Allah. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang bersyukur.

    ReplyDelete
  9. salam shameel,
    Alhamdulillah! Segalanya daripada Allah!
    Semoga kita tidak tergolong di kalangan mereka yang tidak pernah puas ini.

    ReplyDelete
  10. salam nahmy,
    Benar tu... dalam soal mencari keduniaan, banding-bandinglah diri dengan orang yang lebih susah daripada kita. InsyaAllah kita akan bersyukur!

    ReplyDelete
  11. salam cikli,
    Sama-sama kita manfaatkan, insyaAllah!

    Terima kasih cikli... teh tarik kesukaan abah tu!

    ReplyDelete
  12. salam cikgu,
    Alhamdulillah! semuanya maghi daripada Allah.
    Ambo tuke royak jah! Yang penting mesej sapha!

    ReplyDelete