Wednesday, April 7, 2010

tentang serangga


Ceteknya ilmu abah. Inilah akibatnya apabila kurang membaca. Sambil-sambil layan merekabentuk sebuah buku tentang serangga, abah bermuhasabah. Walaupun usia dah separuh abad tetapi masih banyak ilmu tentang serangga yang abah tidak tahu.

Kumbang ialah kelompok serangga yang paling besar dengan jumlah keahlian lebih daripada 500,000 jenis. Antaranya ialah kumbang goliath dan kumbang badak hinggalah kepada kumbang kutu atau kabuh lenting dan kekabuh atau kumbang belalai. Kumbang kekura yang terdapat tompok hitam pada badannya yang merah atau kuning terang adalah menjadi jenis kumbang yang paling popular di kalangan kanak-kanak kerana kecantikannya.

Semut yang kita tengok hehari, dikatakan haiwan yang baik jika berada di taman ataupun di hutan, tetapi menjadi serangga perosak di dalam rumah. Semut, lebah dan penyengat membentuk kelompok serangga yang besar dengan kira-kira 300,000 jenis. Sejumlah besarnya boleh menyengat, walaupun kebanyakannya terlalu kecil untuk mencederakan manusia. Walau bagaimanapun, sesetengahnya seperti semut bulldog mempunyai gigitan yang sangat menyakitkan.

Lelawi ialah sejenis serangga yang sering ditemui di taman, kebun, garaj, bangsal dan kadang kala di rumah. Dalam bahasa Inggeris, lelawi dikenali sebagai earwig. Serangga ini suka kepada tempat yang gelap dan lembap. Lelawi adalah salah satu kelompok serangga terkecil yang terdiri daripada 1300 jenis.

Allahu akhbar! Itu baru beberapa fakta. Belum lagi disebut tentang kerengga, berenga, kala jengking, lipan, sengkenit, sepah bulan, pepijat, kutu, hama, labah-labah, belalang, cengkerik, bari-bari, kelip-kelip, mentadak mentadu, reriang, nyamuk, tungau, tebuan, lebah, pepatung, penyengat, ulat, ayak-ayak, sesibur, sesorok, koya-koya, bubuk, langau, gonggok, rama-rama, kupu-kupu dan banyak lagi.

Subhanallah... Bayangkan apabila setiap satunya berpecah pula kepada beratus ribu jenis. Bagaimanakah hebatnya kita untuk engkar kepada perintah Allah? Sedangkan untuk mencipta sebutir beras pun kita tidak mampu dan pasti tidak akan mampu.

8 comments:

  1. Pernah merasa menjadi SEEKOR SERANGGA...
    kena FOGGING lari tak cukup tanah. Menahan nafas semput dan menahan malu dengan 'HARGA DIRI' yang bagai tiada harga!

    -aku hanya serangga di hutan belantara!

    ReplyDelete
  2. Salam az,
    Seekor demi seekor serangga jatuh ke lantai. Mungkinkah ia akan pupus? Itulah antara agenda percubaan menghapuskan ethnik serangga paling berstrategi pernah dilakukan. Ala-ala APCO jugak laa...

    ReplyDelete
  3. salam abah, info yg menarik utk merenung 'kehebatan' Allah dlm mencipta sesuatu.

    ReplyDelete
  4. Salam nahmy,
    Itulah... tidak perlu melihat sesuatu yang besar untuk mengakui kekuasaan-Nya.

    ReplyDelete
  5. salam man..,

    sebenarnya makin banyak yg kita tau,
    bertambah banyak lagi yg kita tak tau. itulah kedalaman ilmu dan kelilmuan....

    ReplyDelete
  6. Salam mie,
    Sungguh tu... Maha luasnya ilmu Allah.

    ReplyDelete
  7. Info tambahan: Ada juga spisis 'kerengge' yang berkaki dua....

    ReplyDelete
  8. salam dek..,
    dia pandai melukis kan?

    ReplyDelete