Friday, April 23, 2010

salam tak bersambut


Apabila membaca blog sahabat abah, Cikgu Achutra yang bertajuk ‘Adakah anda suka ber FB?’.. tergerak abah untuk berkongsi cerita ini.

Abah juga ada membuka akaun FB atas ajakan kekawan. Tujuannya tidak lain, untuk mencari kawan-kawan lama la konon. Tidak lebih dari itu.

Bila disenarai dan dihimpun-himpun kawan kampung, kawan bandar, kawan sekolah dan kawan sekerja dahulu, abah memang ramai kawan.

Setahu abah ramai yang dah berjaya. Ada yang dah bergelar yang berhormat, pensyarah, doktor, peguam, guru besar, pengurus bank, pengurus hotel, wartawan... berpangkat datuk, datin dan sebagainya. Tidak kurang juga yang masih sedarjat dengan Abah, sekadar memegang status kuli...

Bermula ceritanya apabila abah ‘add as friend’ mereka di FB...

Positif... Hampir semua kawan ‘confirm!’. Begitu teruja dan ghairah abah untuk bertanya khabar setelah sekian lama tidak berhubung. Soalan abah berbentuk tidak formal dan gurauan semata-mata. Abah masih menganggap suasana sama seperti dahulu.

Malangnya kawan baik yang abah teringin sangat nak berhubung semula tidak pun mengidam untuk berjumpa kita. Sahabat sudah tidak kenal sahabat. Kawan sudah tidak mahu berkawan. Salam dihulur tidak bersambut.

Bukan abah ingin mengambil peluang atau kesempatan di atas kemewahan dan ketinggian status mereka. Apatah lagi menumpang glamer di atas kemasyhuran dan keagungan nama mereka. Salahkah sekadar untuk menyebarkan salam. Setidak-tidaknya dapat kita saling ingat-mengingati, nasihat-menasihati ke arah kebaikan dan kebenaran. Bermaaf-maafan sekiranya ada kesalahan.

Kita bukannya muda lagi... Semuanya sudah berada di ambang stesen yang terakhir.

Abah tidak mahu mencari musuh. Biarlah abah berkawan dengan sahabat yang mengerti. Mungkin dia seorang yang tidak ternama dan tidak berpangkat di kalangan yang banyak. Tetapi mashyur di kalangan hamba-hamba yang mengabdikan diri kepada-Nya.

19 comments:

  1. salam abah..

    berkawan pada yang mahu...

    ReplyDelete
  2. salam cikli,
    Itulah... berkawan bukan boleh main paksa-paksa.

    ReplyDelete
  3. ...ado oghe bilo dio "raso" biso...dio ssaing nga oghe2 hok dio "raso" biso jah...kito hok jenih tok biso nih ssaing samo2 kito laa abah weii...

    ReplyDelete
  4. salam cikgu,
    Sengoti tu... kito kena la belaja2 uko baju badan sendiri...

    ReplyDelete
  5. assalamu'alaikum tn...
    lame benau tak memblogkn diri... hansem gambo dgn shbat kita...
    hanya Dia yg mampu mengubah hati manusia... yg benci jd suka... yg sedih jd gembira... brdoa dn brhrplh kpd-Nya

    ReplyDelete
  6. salam pakngah,
    bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi, harumnya semerbak menusuk hati...

    selamat kembali memblog...

    ReplyDelete
  7. gitula abah, saya sendiri tak 'tergerak' nak berFB ni...sbb? gusar ia jadi medan 'show-off' lebih kpd mencari rakan lama..atau bila jumpa rakan lama tu...maka 'show-off' pun jadi

    ReplyDelete
  8. salam abah..
    btol tuh.. kawan2 skang nih esok2 kalau sume dh berjaya agak2 ad ker nk igt kt kte eh? ;P

    ReplyDelete
  9. salam nahmy,
    abah setuju... medan publisiti diri...


    salam fakhrur,
    usahkan kekawan, kekadang tu ibubapa pun dilupakan... Nauzubillah.

    ReplyDelete
  10. Salam abah, lama tak singgah, cantek layout terkini ini.

    Susah nak cari kawan. Ramai cuma sekadar kenalan. Perjalanan masa dan jarak juga boleh mengubah seorang yg kita anggap sebagai kawan menjadi hanya kenalan di kejauhan. Itulah realiti persinggahan di stesen kehidupan.

    Mati kita pun hanya keseorangan. Janganlah ditangisi pemergian seorang kawan atau kenalan. Kawan sejati akan terus mendoakan kebahagiaan kita walaupun kita sudah mati.

    Jazakallah, semoga abah berbahagia selalu.

    ReplyDelete
  11. salam sot,
    benar tu... berjumpa kerana Allah, berpisah pun kerana Allah...

    Terima kasih singgah tuan. Alhamdulillah... segala puji bagi Allah.

    ReplyDelete
  12. MEMBERI dan MERASA...dua elemen yang menjadikan kita SEHATI DAN SEJIWA!

    -tak rugi SEBARKAN SALAM
    -rugi tak jawab salam!

    ReplyDelete
  13. salam az,
    Tepat! Konsep 1 Islam.

    Terima kasih atas sumbangan foto di atas.

    ReplyDelete
  14. salam abah. meluaskan empayar persahabatan amat terpuji. memulihkan persahabatan amatlah murni. tapi malang ada segelintir manusia yg ingin menutup terus piontu persahabatan. Mereka lupa atau buat2 lupa, sesunggunya setiap muslim itu bersaudara.

    Saya org kelate jugak

    ReplyDelete
  15. salam shameel,
    Sepatutnya begitulah... tapi manusia mudah lupa...

    Terima kasih ziarah abah!

    ReplyDelete
  16. salam Abah.. kalau masih ingat saya sering ke rumah Abah di Melawati dulu. siap di hidangkan dengan sajian.. Terima kasih dan semoga Allah memberkati segala perjuangan Abah..

    ReplyDelete
  17. salam ijoi,
    Alhamdulillah... ingat lagi ijoi kat abah. Jumpa lagi kita walaupun tanpa sajian. Abah dah ziarah blog ijoi... wah! hebat sekarang. Tahniah!

    Selalu-selalulah ziarah abah!

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum.

    ...masa merubah segalanya

    ReplyDelete
  19. waalaikumusalam tehr,
    begitulah...

    ReplyDelete