Friday, November 13, 2009

Sebuah wasiat


Wahai saudara,

Berimanlah kamu kepada Allah. Perkukuhkanlah mengenal dan bergantung kepada-Nya. Janganlah kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipan-Nya dan jauhilah larangan-Nya. Berakhlaklah kamu dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah kamu orang-orang yang elok dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertaqwa lagi salihin.

Hadapailah al-Qur’an untuk mengkajinya dan sirah nabawiah untuk kamu bermuzakarah. Kamu hendaklah menjadi orang yang praktikal bukan orang-orang yang berhujah semata. Apabila Allah berikan sesuatu kaum itu hidayat maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak akan sesat selepas mereka mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berhujah.

Kasih-mengasihilah di antara kamu dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu sebab ia merupakan rahsia kekuatan dan tunjang kejayaan kamu. Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu kaum kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka.

Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu. Dialah simbol idea kamu dan bulatan penghubung di antara kamu. Tunggulah kemenangan dan sokongan daripada Allah. Peluang tetap kunjung tiba. Janganlah kamu ragu terhadap-Nya..

Daripada:
Seorang pejuang yang telah tiada
namun perjuangannya masih menyala!

9 comments:

  1. syukran atas pesanan...insyaAllah akan tersemat di jiwa.

    ReplyDelete
  2. salam..apa kabar? banjir tak kat sana?

    ReplyDelete
  3. salam nahmy,
    Kita adalah satu suara yang bergema tinggi untuk melaungkan seruan Allah... Sama-sama la kita.

    salam arsaili,
    Alhamdulillah... kesihatan masih baik. Banjir pun masih di peringkat tidak kritikal...

    ReplyDelete
  4. maaf tak dapat teruskan perjuangan bersama abah..cuma rasa tak dihargai sebagai manusia...kerna dalam perjuangan, perlukan pengorbanan...maaf sebab tak sempat bertemu buat kali yg terakhir..kini di erapakatan..menyumbang suara yang tenggelam dek banjir di sana.

    ReplyDelete
  5. salam anakanda ogy,
    Perjuangan boleh di mana-mana kerana Allah itu ada di mana-mana. Jadilah satu cahaya baru yang bersinar, yang memusnahkan kegelapan kebendaan dengan mengenali Allah. Selamat berjuang di jalan-Nya.

    ReplyDelete
  6. salam tuan,
    insyaAllah wasiat akn disemat di hati... dlm usaha dakwah (bil lisan/bil hal)... kurangkn musuh... tambahkn sahabat.

    ReplyDelete
  7. salam pakngah,
    Benar sangat tu tuan...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    There were updates on my blog, http://muhammad-el-fateh.blogspot.com .Thank you.. Hopes you're pleased to be my followers...

    ReplyDelete
  9. waalaikumussalam muhammad,
    Terima kasih atas jemputan. InsyaAllah abah akan datang...

    ReplyDelete