Saturday, July 25, 2009

menangis


Manusia mudah menangis. Fitrah. Ada yang menangis kerana gembira. Ada yang menangis kerana berduka. Ada juga yang menangis kerana kerjaya (lakonan).

Namun tidak semua orang menangis kerana ketakutan seperti mana menangisnya saidina Abu Bakar as-siddiq apabila mula mengimamkan solat kerana terlalu takut berhadapan dengan Allah.

Juga tidak ramai yang menangis kerana penyesalan seperti mana menangisnya Saidina Omar al-khatab kerana mengenangkan dosa-dosanya yang telah lalu sehingga meninggalkan kesan tangisan pada wajahnya.

Sedang kita masih mampu bergelak ketawa tanpa ada rasa bersalah. Langsung tidak tersentuh hati apabila dibacakan ayat-ayat Allah. Apatah lagi untuk menangis. Bertaubat sekadar di mulut, di hati tidak. Sepatutnya kita yang lebih banyak menangis berbanding dengan sahabat-sahabat Rasulullah saw yang telah dijanjikan syurga. Kerasnya hati kita.

Jangan besok kita akan menangis tidak berlagu.

Nota: Pesanan ini dituju khas buat diri abah sendiri dan yang sewaktu dengannya.

13 comments:

  1. salam abah..yea satu peringatan yang baik

    ReplyDelete
  2. Salam arsaili,
    Sesekali hati kita perlu dijentik.

    ReplyDelete
  3. ada gak yang menangis krana lupa lirik...
    sgt kurang yg menangis krana lupa Allah...
    Jangan lupa Allah!

    ReplyDelete
  4. Pilihan visual yang tepat....! Maklomlah... orang berpengalaman luas dalam seni visual...

    ReplyDelete
  5. Salam pakngah,
    Itulah... manusia memang mudah lupa diri...

    Salam dek!
    Terima kasih! Segala puji bagi Allah!

    ReplyDelete
  6. Ada yang menangispun tidak,
    bersuarapun tidak
    senyumpun tidak
    DERIANYA SUDAH HILANG... RUYUB!

    P/S: 'MENANGIS TAK BERLAGU' SIAPA PENYANYINYA TU?

    ReplyDelete
  7. Salam sahabatku Az,
    Ini dah kira masuk kategori hidup segan mati tak mahu... kalau menyanyi pun mesti lagu senyap dan sunyi aje...

    ReplyDelete
  8. Lahir ke dunia kita menangis. Mati besok harapnya ada yang menangis untuk kita pula, penangan jasa bakti dan airmata kita semasa hidup.

    ReplyDelete
  9. Salam SOT,
    Taburkan jasa bakti dengan ikhlas... InsyaAllah!

    ReplyDelete
  10. Salam ziarah.

    Yang paling suci ialah menangis mohon keampunan Tuhannya.

    Para Wali menangis kerana rindukan Tuhannya.

    ReplyDelete
  11. Salam mountdweller,
    Betul tuan! Allah menunggu-nunggu mereka yang ingin menangis di hadapan-Nya memohon keampunan. T/kasih singgah umah ambo!

    ReplyDelete
  12. kawan saya kata,

    senyum dalam tangisan adalah satu ketabahan, menangis dalam senyuman adalah satu kepuraan.

    ReplyDelete
  13. Salam Cikli,
    Sungguh tuan! Jangan pulak kita tertipu dengan tangisan seseorang.

    ReplyDelete