Saturday, August 13, 2011
ahli puasa vs antu raya
Sedar tak sedar kita sudah hampir di pertengahan Ramadhan. Persoalannya... di manakah letaknya diri kita sekarang? Bagaimanakah graf amalan soleh yang telah kita lakukan? Adakah kita benar-benar di kalangan ahli puasa atau cuma antu raya.
Ahli Puasa: Menjaga percakapan daripada bercakap perkara-perkara yang lagho dan tidak bermanfaat. Jauh sekali untuk mengumpat dan berbohong.
Antu Raya: Bermula dari awal Ramadhan sudah bercakap fasal kuih-muih raya, langsir dan perabot raya, baju raya, duit raya dan sebagainya.
Ahli Puasa: Menjaga solat dan menutup aurat kerana mengetahui betapa ruginya berpuasa tanpa bersolat dan menutup aurat. Hasilnya cuma mendapat lapar dan dahaga sahaja.
Antu Raya: Berniaga di pasar Ramadhan tetapi mendedah aurat. Bila masuk waktu berbuka sibuk pula tutup gerai dan mengira keuntungan sehingga terlepas waktu Maghrib.
Ahli Puasa: Di sepuluh malam terakhir Ramadhan, meningkatkan amalan soleh dengan berqiamullail dan beriktiqaf semata-mata untuk mendapat ganjaran malam Lailatul qadar seperti yang dijanjikan oleh Allah swt.
Antu Raya: Di sepuluh malam terakhir, meningkatkan kunjungan dan lawatan ke pasar-pasar raya, gedung-gedung membeli belah, untuk mendapat ganjaran harga runtuh, jualan murah, jualan penghabisan stok dan sebagainya.
Nota: Ya Allah... mampukah aku untuk memperoleh anugerah-Mu menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana harapan-Mu, la’alakum tatakun...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum.
ReplyDeleteahli puasa : yg merintih kesedihan bila Ramadhan semakin beranjak pergi sbb akan hilangnya 'keahlian' puasa itu.
antu raya : yg bersorak gembira bila raya dah semakin dekat sbb akan diisytiharkan secara resmi sbg 'antu raya'
semoga tidak termasuk golongan antu raya.
ReplyDeletereminder for myself..
ReplyDeletethanx for sharing
salam abah...
ReplyDeletehok jenih awal ramadhan ahli puasa...lepas seminggu jah ramadhan jd antu raya pong belana....
ps: t kasih add ambo jd "friend" FB...
Cikli,
ReplyDeletekalau lah blog ni macam fesbuk, boleh 'like2' komen orang, sudah tentu saya LIKE komen Cikli, hehe
Abah,
ReplyDeleteAbah tahu kan bulan ni juga merupakan bulan ketujuh dalam kalender orang2 Cina, pada bulan ini mereka meraikan Pesta Hantu (Ghost Festival) yang juga dikenali sebagai "Pesta Menangkap Hantu" atau "Hantu Lapar".
Itu kalau Cina lah.
Kalau Melayu.. (meminjam kata2 yang pernah saya dengar dalam tazkirah Msghrib)..
Hantu Lapar = Orang yang datang masjid tak cukup sembahyang tarawih (walaupun 8 sahaja pun buat xcukup?!) terus serbu tempat moreh. memang inilah 'hantu lapar'.
Hehehe..
Patut panggil kawan2 Cina datang tangkap mereka kan abah kan?
Assalamualaikum Abah.
ReplyDeleteTrima kasih ats peringatan, antu raya dah mula berkeliaran bila puasa semakin tiba ke penghujung. Amat bimbang, jika ibadat semakin susut apabila ramahdan semakin surut
salam abah,
ReplyDeleteYa Allah mampukah aku? Aku juga sedang bermujahadah..syukran atas peringatan abah.
salam nahmy,
ReplyDeletesungguh! semoga kita istiqamah menjadi ahli puasa. InsyaAllah.
salam cikli,
ReplyDeletetidak sesekali... insyaAllah
salam pink diva,
ReplyDeletesesama kita ingat memperingati
salam cikgu acu tra,
ReplyDeletehuh! blana kokna...
salam puteri,
ReplyDeletehahaha... sahih hantu lapar...
salam shameel,
ReplyDeletebanyakkan berdoa supaya kita tidak terkena rasukan antu raya yang berkeliaran.
salam nurr,
ReplyDeletemoga diberi-Nya kekuatan.