Saturday, July 30, 2011

ulangtahun perkahwinan ulangtahun perpisahan


Tarikh 31 Julai adalah tarikh keramat di mana abah dan isteri diijabkabul. Pada tarikh yang sama juga abah telah kehilangan ibu yang tercinta. Ibu yang telah melahirkan. Ibu yang membesarkan dan ibu yang telah mendoakan kebahagiaan anaknya ini.

Ibu...

Setiap langkah perjalananku adalah di atas tapak-tapak yang telah dipijak olehmu.
Setiap kata ucapanku adalah di atas butir-butir huruf yang telah disusun olehmu.

Tidak ada bintang kemenangan yang dapat kusematkan ke dadamu.
Tidak ada lencana dan tanda jasa yang dapat kulekatkan pada dirimu.
Tidak ada pakaian kebesaran istimewa yang dapat kututupi tubuhmu.
Tidak ada kemewahan dan kemegahan yang dapat kukalungi hidupmu.

Terlalu suci pengorbananmu lahir dari fitrah seorang ibu.
Ampuni segala kesalahan di atas kelemahanku.

Di gerbang Ramadhan yang penuh keampunan dan keberkatan ini, tiada yang lebih berharga yang mampu kuhadiahkan melainkan bacaan surah yang mulia al-Fatihah buat Allahyarhamah ibu Minah binti Hamat. Al-Fatihah.

Nota: Salam Ramadhan Kareem buat semua muslimin dan muslimat.

6 comments:

  1. syurga kita ada pada dia.
    semoga ibu abah aman dirahmati dan ke syurga.
    selamat berpuasa abah.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah buat ibu abah. Benar kata cikli, syurga kita di telapak kakinya. Salam Ramadhan juga buat abah.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah buat arwah ibu abah. Salam Ramdhan juga buat abah.

    ReplyDelete
  4. salam cikli,
    selamat berposa juga dari abah di samping bersama kita meningkatkan amalan-amalan soleh yang lain.

    ReplyDelete
  5. salam shameel,
    terima kasih. Semoga Ramadhan kali ini kita mendapat apa yang dikatakan laalakum tatakun...

    ReplyDelete
  6. salam nurr,
    salam Ramadhan. Semoga kita beroleh kemenangan daripada Ramadhan kali ini.

    ReplyDelete