Wednesday, July 27, 2011
setelah sekian lama
Atas dasar mengutamakan perkara yang lebih utama menyebabkan abah tidak mampu untuk update blog dalam jangka masa yang agak lama. Abah terpaksa mendahulukan kepada banyak perkara yang abah kira lebih utama untuk diselesaikan.
Walau bagaimanapun abah tertarik dengan satu program yang telah diadakan oleh sahabat lama abah yang menyebabkan abah teruja untuk mengabadikan di paparan blog.
Reunion SMKB 76-80
Melihat wajah-wajah sahabat yang hadir memaksa abah mengimbau kembali suatu ketika di zaman persekolahan. Ada wajah yang abah masih cam, ada yang sudah samar-samar dan tidak kurang yang abah tidak kenal langsung. Mereka seolah-olah wajah baru yang abah baru kenali walhal mereka begitu mengenali abah. MasyaAllah... terlalu lemah ingatan abah.
Bukannya lama pun, tidak lebih 40 tahun kami berpisah. Masing-masing sudah menyerlahkan rupa paras dan bentuk fizikal yang tidak boleh untuk disorok-sorok lagi. Rata-rata sudah memaparkan kepala putih yang beruban, badan besar yang mengembang dan kulit tua yang mengendur.
Begitulah keadaannya yang berlaku apabila berkumpulnya semula kami bekas-bekas pelajar sekolah Kebangsaan Islah dan Sek Men Kota Bharu tahun 1976 - 1980 yang telah diadakan di Restoran Nelayan Titiwangsa Sabtu lalu.
Tahniah dan terima kasih abah ucapkan kepada pihak penganjur khasnya saudara Alias Abdul Majid dan Shauki Serasi di atas usaha murni ini. Saudara telah menyambung semula tali-tali yang sudah putus, mempertautkan kembali hati-hati yang telah renggang. Persahabatan adalah anggur kehidupan.
Setidak-tidaknya masih ada sahabat-sahabat yang bakal menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat abah tatkala abah telah tiada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nota: Ada juga abah jenguk-jenguk kot-kot terserempak dengan Tuan Presiden Perkasa kat situ.
ReplyDeleteassalamualaikum. selamat menyambung kembali dunia pembloggeran. klu presiden perkasa ada lg best le gitu kan? boleh belajar cara nak jadi perkasam...ehh...perkasa
ReplyDeletewaalaikumussalam nahmy,
ReplyDeleteGitu le gamaknya... tak pun belajar jadi ahli silap mata. Boleh tukar-tukar rupa...
Terima kasih nahmy.
selamat kembali pakman.
ReplyDeleterasanya dah komen semalam...hilang diangin lalu
alamak...pakman pulak...abah aman.
ReplyDeletesampai lupa nama abah...haha
salam cikli,
ReplyDeletememang sah orang Melayu... sebab mudah lupa... apa-apa pun terima kasih kerana masih ingat jalan ke blog stesen aman.