Friday, August 26, 2011

merancang laluan perjalanan


Abah rasa masing-masing di kalangan kita sudah pun merancang perjalanan untuk balik ke kampung. Abah pun begitu. Eloklah kita sama-sama mengenal pasti jalan yang terbaik yang akan kita lalui supaya tidak menempuh kesesakan yang sememangnya akan berlaku kesesakan. Kalau tertempuh bersyukurlah juga, sebab paling tidak kita telah bersedia.

Namun dalam keghairahan itu jangan kita lupa bahawa dalam masa yang sama syaitan juga sedang berkira-kira untuk meraikan hari pembebasan mereka. Mereka juga sedang merancang untuk memenuhi jalan-jalan yang boleh digunakan untuk menyesatkan kembali perjalanan kita yang sudah semakin bersih dan lancar di Tarbiyah Ramadhan.

Abah rasa eloklah juga kita sama-sama mengetahui dan mengenal pasti jalan laluan syaitan dan pintu-pintu utama yang sering digunakan. Laluannya amat banyak sekali. Namun berilah perhatian kepada laluan utama dan pintu-pintu besar yang menjadi kegemaran angkatan tenteranya. Antara pintu besar mereka ialah:

1. Marah dan nafsu syahwat.
2. Hasad dan tamak haloba.
3. Malas dan kenyang perut.
4. Berhias untuk perhatian manusia.
5. Gopoh dan terburu-buru.
6. Wang dan harta benda.
7. Bakhil dan takut faqir.
8. Jahil terhadap agama.
9. Buruk sangka sesama Islam.

Dikatakan pintu yang besar dan laluan yang luas akan menjadi sesak disebabkan banyaknya syaitan yang masuk. Apa yang boleh menutupinya hanyalah dengan mengawal sifat-sifat yang ada pada diri kita sendiri.

Nota: Kepada yang ingin memulakan perjalanan pastikan jangan terlupa membaca doa naik kenderaan. Doa abah buat semua... selamat sampai ke kampung dan Salam Idulfitri.

8 comments:

  1. semoga perjalanan kita membawa ke syurga Allah.
    jemput ke rumah saya di kuala krai, abah.

    ReplyDelete
  2. abah. ada lebih kurang 70 lokasi speed trap dikenalpasti.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Abah.
    Saya pula akan pulang ke kg pagi esok. Benar sekali abah,bukan kita sahaja yg beraya tapi syaitan juga berpesta raya. jalan2 menuju neraka yg dirintis oleh syaitan akan kembali terbukal luas. Moga Allah menyelamatkan kita semua.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum & selamat hari raya kpd abah dan keluarga. maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  5. salam cikli,
    raya pertama aje abah di kelate... raya kedua dah nak kena ke perak rumah isteri... lain masa abah singgah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  6. salam puteri,
    insyaallah... memandu dengan taqwa.

    ReplyDelete
  7. salam shameel,
    insyaallah... semoga selamat sampai.

    ReplyDelete
  8. salam nahmy,
    abah dan keluarga juga begitu...

    ReplyDelete