Tuesday, February 15, 2011
maka tirulah dia
Ada orang tidak tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu, dia adalah orang yang jahil, maka ajarilah dia. Ada orang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu, dia adalah orang yang mencari, maka pimpinlah dia. Ada orang tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tahu, dia adalah orang yang tertidur, maka bangunkan dia. Ada orang yang tahu, dan dia tahu bahawa dia tahu, dia adalah orang yang mengetahui, maka tirulah dia.
Dulu abah tidak tahu. Alhamdulillah... kini abah tahu dan tidak ada sebab mengapa abah mesti berhenti daripada melakukannya. Usah memperkatakan lagi tentang penampilan abah yang berkopiah dan berjanggut. Abah tidak alim tetapi sekurang-kurangnya abah tahu itu adalah sunnah. Setiap perkara sunnah apabila dilakukan akan mendapat pahala.
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad kepada manusia) jikalau kamu cintakan Allah, ikutilah daku.”
(Surah Ali Imraan: 31)
Rasulullah saw telah menunjukkan satu cara hidup yang memberi kejayaan kepada manusia di dalam hidup di dunia dan juga di akhirat. Kejayaan orang-orang Islam termasuk kemajuan agama dan dunianya, memperbaikkan masyarakat manusia serta persekitaran sosialnya. Kesemuanya ini dapat diperolehi daripada teladan-teladan kenabian. Mengabaikan kelakuan-kelakuan ini adalah tanda yang jelas ke arah penyelewengan.
Kekayaan iman dan keyakinan tidak kekal selamat tanpa diselaraskan dengan kelakuan-kelakuan kenabian. Ia adalah satu kemestian kepada setiap orang, tidak kira sama ada dia seorang alim ataupun jahil.
Selawat dan salam buat Nabi junjungan, kerabat serta sahabat baginda saw. Syafaatmu amatku harapkan.
Salam Maulidur Rasul, 12 Rabiulawal 1432H.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam maulidur Rasul abah,
ReplyDeletesemoga kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W semakin menebal dan membuahkan ketakwaan kepada Allah S.W.T
salam cikli,
ReplyDeleteinsyaAllah... sama-sama kita jadikan Rasulullah s.a.w sebagai idola dan perbanyakkan selawat ke atasnya.
Salam Maulidur Rasul...! Salawat!
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul abah..
ReplyDeleteRasulullah contoh tauladan terbaik. Mari terus memperbanyakkan selawat ke atasnya. Moga kita beroleh syafaatnya kelak. ameen.
salam maulidur rasul.
ReplyDeleteMoga maulidur rasul tahun ini semakin mendekatkan Rasulullah di hati kita meskipun telah lama baginda jauh di mata kita.
jangan sseklai kita menjauh dari Rasulullah. Biar jauh jarak tapi jnagan jauh kecintaan dan keinginan untuk menjunjung sunnahnya.
jom selawat..
ReplyDeletebukan hanya pada hari maulidurrasul..
kan abah?
salam maulidurrasul tuan
ReplyDeletesalam Maulidur Rasul dek!
ReplyDeleteMari kita berselawat sambil mempraktik sunnahnya.
salam Maulidur Rasul Nurr,
ReplyDeletesemoga beroleh juga mengecap nikmat meminum air dari telaga kauthar.
salam Maulidur Rasul shsmeel,
ReplyDeletesungguh, berselawat umpama kita selalu contact baginda Rasulullah saw.
salam Maulidur Rasul puteri,
ReplyDeleteya, dan jangan hanya ghairah berselawat semasa perarakan sahaja.
salam Maulidur Rasul azani,
ReplyDeletesesama kita menghayatinya...
assalamualaikum, walau pun sedikit terlewat itu hanyalah 'ucapan' (Salam Maulidurrasul)shj...tapi sunnahnya kekal utk dituruti. semoga Rasulullah sentiasa di hati kita...di perbuatan kita, di percakapan kita dan diseluruh hidup kita.
ReplyDeleteSalam men,
ReplyDeleteyg tidak tahu kena belajar sampai tahu. yg sudah tahu kena bagi orng lain tahu, biar sama2 tahu, barulah hidup tahu menahu... hehe... wassalam...
salam nahmy,
ReplyDeletemaaf... sebab abah lewat respon. Ya... Semoga kita sentiasa di bawah kepimpinan Rasulullah saw...
salam mie,
ReplyDeletesungguh... saling tahu menahu...