Thursday, March 31, 2011
apa sudah jadi ni...
Lebih sebulan abah tidak menjengok blog-blog sahabat mahupun blog sendiri. Bukannya tidak sihat tetapi kerana terpaksa mengendalikan satu projek yang amat memerlukan komitmen dan penumpuan sepenuhnya. Tidak dapat untuk dinyatakan projek apa yang abah sedang laksanakan di sini tetapi yang jelas bukan projek video ...
Sudah menjadi satu tabiat, apabila diberi amanah untuk melaksanakan sesuatu projek, abah tidak akan tidur lena sehinggalah projek itu berjaya diselesaikan. Maka semasa mengendali projek, abah telah mengabaikan beberapa perkara seperti aktiviti riadah, aktiviti bersama keluarga dan paling teruk tidak mengikuti perkembangan semasa.
Semalam abah telah diajukan dengan satu pertanyaan mengejut oleh seorang rakan,
“Anak abah yang di UITM Perlis tu tak balik?”
“Ehh...! Dah cuti semester ke?”
“Belum... tapi UITM sudah arahkan semua pelajar balik kerana Perlis banjir!”
“Perlis banjir! MasyaAllah! Di luar pengetahuan abah!”
Apa sudah jadi dengan abah ni... patutkah abah mengubah tabiat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
perlis sudah
ReplyDeletebaling (kedah) sudah
itu hari changloon (kedah)
sob3
tapi sehari dua ni agak panas..
dah surut skit kot
Salam...ada buruknya juga jika kita terlalu komited pada kerja hingga abaikan diri sendiri dan ahli keluarga terdekat. Just teringat pada cerita teater Lat Kampung Boy sebuah muzikal. Mungkin ada insan tersayang yg berkecil hati dgn kita akibat terlalu sibuk dgn kerja.
ReplyDeleteالسلام عليكم
ReplyDelete10Q abah sudi singgah. Kalu buat projek submarine bolehla test pi perlis. Sure happi-punya kawan-kawan UITM tu, speak up sakan diorg
salam abah,
ReplyDeletelama abah diam. nasib baik tak jadi datuk t ke empat.
saya yang hari-hari tengok blog ni pong tak tahu perkembangan semasa juga kerana fed-up dgn tv dan mainstream media.
bila balik tenganu, saya bertanya, "awat ramai orang pakai songkok line putih?"
bonda agung meninggal pun saya tak tahu.
salam abah...
ReplyDeletekade2 kito tlalu asyik dengae sesuatu...baik projek...baik mengaji...baik begapo pong sapa kito tok ingat oghe keliling kelale kito...siyye nyo la ko demo2 tuh...
patut sgt2 abh.. fokus pda keje sgt xelok...=)
ReplyDeleteSalam buat Abah.
ReplyDeleteJenguk jenguk lah juga yang lain tu. Hehehe
assalamualaikum. pheww! ingatkan buat projek sambung jambatan bengkok kat selat tu...tp klu ya jgn lupa komisen ye...apapun welcome back!
ReplyDeleteubah....lepas ni kena sabar banyak-banyak, mungkin ada yang kata Abah 'BUANG TEBIAT' hehehee
ReplyDeletesaya sedang enak buang masa!
abah kosentret tul...
ReplyDeletesalam puteri,
ReplyDeletealhamdulillah... anak abah pun dah sampai ke rumah.
salam abang long,
ReplyDeleteitulah pasal abah rasa perlu berubah!
salam wanluqman,
ReplyDeleteiss... takde la projek submarine, tapi ada melibatkan gambar submarine...
salam cikli,
ReplyDeletebukan diam sebab mulut bercakap, tapi perlahankan volume...
salam cikgu achu tra,
ReplyDeleteinsyaAllah... selesai projek,kena cover...
salam myss irah,
ReplyDeletedah cuba ubah, bila datang projek lupa balik
salam ashrafi,
ReplyDeleteinsyaAllah... jengok!
salam nahmy,
ReplyDeletehahaha... sekali komisyen tak abih makan tuh!
salam az,
ReplyDeletetak buang, sekadar tukar... dah lama dah!
salam cemomoi,
ReplyDeleteprojek bukan selalu...