Friday, January 28, 2011

tidak seperti yang disangka


Abah baru keluar daripada sebuah bank kerana suatu urusan. Sedang abah berjalan menuju ke kereta yang di parking agak jauh, telefon berbunyi. Dalam keadaan kertas-kertas dokumen yang tidak tersusun di tangan, abah agak kelam kabut menggagau telefon di dalam kocek seluar.

Sambil menjawab panggilan, abah terus berjalan menuju ke kereta. Di kala menoleh ke kiri dan ke kanan untuk melintas jalan, kelihatan seorang pemuda sedang berjalan pantas melulu ke arah abah. Berseluar jean lusuh, berjeket kulit dan berkaca mata hitam.

“Alamak! Siapa pulak mamat ni? Gaya macam orang yang tidak boleh dibawa berunding. Apakah keperluan dia? Apakah yang dia hendakkan daripada aku? Mungkin dia nampak aku keluar dari bank tadi tetapi bukannya bermakna aku mengeluarkan wang.” Hati abah mula bersangka.

Setelah dia betul-betul berada di depan abah, dia menghulurkan sesuatu kepada abah.

“Eh! Nampak macam kenal... Ya Allah... Ini pen drive aku!”

Tentunya ia telah terjatuh sewaktu abah mengeluarkan telefon dari kocek seluar tadi. Alhamdulillah... kalau hilang susah juga kerana banyak kerja grafik abah yang disimpan belum di copy ke komputer.

Ucapan terima kasih yang berkali-kali abah kepada pemuda itu di samping menyimpan rasa bersalah kerana tidak bersangka baik. Astaghfirullah al-azim... abah telah gagal dalam ujian mendidik hati. Masih terlalu lemah hati ini.

10 comments:

  1. salam sa
    kadang kadang kita mudah dikaburi dek pandangan..

    ReplyDelete
  2. salam abah,

    saya pun sering terdetik macam tu. lepas tu menyesal.

    ReplyDelete
  3. salam abah,
    alhamdulillah pen drive abah tak hilang. mmg payah mendidik hati..tapi Insya-Allah selagi kita masih sedar, kita tidak akan pernah gagal. wallahu'alam.

    ReplyDelete
  4. salam azani,
    pandangan mata selalu menipu...

    ReplyDelete
  5. salam cikli,
    biasalah tu... sifat hati memang begitu.

    ReplyDelete
  6. salam nurr,
    semoga Allah memberi kekuatan dan perlindungan. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  7. Kawe pernah tertinggak handphone kat meja menulis bank... Bila patah balik, kawe terpaksa beli hanset baru.... naseb baik bukan handset berkuasa tinggi...!

    ReplyDelete
  8. Mata boleh ditipu dan hati juga boleh tertipu.AWAS!

    ReplyDelete
  9. salam dek!
    kadang-kadang selepas kita berkelip mata pun boleh hilang dek! barangan berkuasa tinggi lagi la... baru nak berkelip dah hilang...

    ReplyDelete
  10. salam az,
    dunia dipenuhi dengan otak penipu...

    ReplyDelete