Tuesday, January 25, 2011

ujian awal tahun


Mungkin sedikit luarbiasa daripada biasa. Abah diserang demam yang agak panjang pada awal tahun diiringi bersama selsema, batuk, sakit tekak, sakit kepala dan sakit telinga. Alhamdulillah... sudah semakin pulih.

Tatkala sakit, seluruh anggota badan terasa lemah dan tidak bermaya menjadikan abah seorang pemalas. Nak berfikir malas, nak bekerja malas, nak bercakap malas dan nak mendengar orang bercakap pun malas. Kira nak tidur aje...

Setelah beberapa klinik dirujuk, mengambil ubat, antibiotik dan seterusnya membuat ujian darah, alhamdulillah simptonnya semakin berkurangan.

Begitulah apabila usia sudah meningkat, antibodi menjadi semakin lemah dan abah seharusnya menerima hakikat itu.

Mungkin ini adalah ujian awal tahun baru buat abah.

Namun, bila difikirkan ini baru ujian yang kecil dan rendah tarafnya jika dibandingkan dengan ujian mereka yang sedang terlantar di hospital kerana sakit yang lebih kronik dan tidak tahu bila sembuhnya.

Di saat itu mampukah kita menghadapinya? Bersabarkah kita? Mengeluhkah kita? Redhakah kita? Dan bersyukurkah kita apabila telah sembuh?

6 comments:

  1. salam abah aman,
    patutlah lama tak dengar berita.
    semoga tabah dan sihat ye.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum abah.
    Dalam sesebuah kerajaan, pembangkang amatlah perlu. ia membolehkan berlakunya checks and balances dlm sesebuah kerajaan bagi menilai keberkesanan kerajaan tersebut. Jasad kita juga sebauh erajaan sebannrya. Sakit adalah pembangkang dlm jasad. Ia checks and balances kpd diri supaya sentiasa memanfaatkan waktu sihat sebelum dtgnya waktu sakit.

    Semoga Abah cepat sihat.

    ReplyDelete
  3. salam cikli,
    sungguh... sebulan tak buka blog macam dah ketinggalan zaman.

    terima kasih atas doanya...

    ReplyDelete
  4. salam shameel,
    hikmahnya... waktu sakit barulah kita sedar kedhaifan diri kita. apabila kita sakit barulah kita sedar betapa besarnya nikmat sihat itu.

    terima kasih atas doanya...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum. semoga terus sihat dlm peliharaan-Nya

    ReplyDelete
  6. waalaikumusalam nahmy,
    mungkin kesakitan ini adalah kafarah kepada dosa-dosa yang telah kita lakukan...

    terima kasih atas doanya. semoga nahmy jua sihat dalam peliharaan-Nya...

    ReplyDelete