Saturday, December 25, 2010

apabila bangun pagi...


Abah rasa amat bertuah hari ini kerana masih lagi dibangunkan oleh Allah SWT seperti hari-hari sebelumnya. Abah masih bernafas.

Tubuh badan sihat dan segar tanpa ada rasa tanda-tanda nak demam, selsema atau sebagainya. Kaki masih berupaya berjalan dan tangan masih gagah mengangkat. Mata masih jelas melihat, telinga masih mendengar dan mulut masih dapat bersuara.

Kelihatan juga pada wajah isteri dan anak-anak senyuman ceria tanpa ada sebarang keluh-kesah yang diluahkan.

Dapur pun masih kelihatan berasap.

Perhati pula di sekitar rumah yang masih kemas dan tersusun menandakan tidak ada sesiapa yang tidak diingini menceroboh masuk ke dalam. Pastinya tidak ada apa-apa kehilangan dan kerosakan yang boleh mendatangkan kerugian.

Alhamdulillah...
Abah bersyukur dengan sebenar-benar syukur...

Apakah lagi yang masih kita mahukan daripada-Nya...

12 comments:

  1. Salam abah,
    Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya pada diri. Nikmat apa lagi yg cuba didustakan? Mujahadah mendidik hati agar sentiasa bersyukur.

    ReplyDelete
  2. jangan tanya apa yang Dia berikan kepada kita
    tapi tanya apa yang kita berikan kepada (jalan) Dia

    ReplyDelete
  3. abah,

    bangun pagi, rezeki dah terbentang...alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. salam nard,
    maka jadilah kita orang yang bersyukur...

    ReplyDelete
  5. salam nurr,
    sungguh! apabila kita bersyukur bermakna kita sedar siapa diri kita...

    ReplyDelete
  6. salam puteri,
    tetapi masih ramai yang bersifat tepuk dada tanya selera...

    ReplyDelete
  7. salam cikli,
    selagi bernyawa, insyaAllah ada rezeki...

    ReplyDelete
  8. salam nard,
    update? insyaAllah... otw...

    ReplyDelete
  9. salam abah. alhamdulillah...spt yg diulang-ulang dlm surah ar-rahman...."nikmat Allah yg mana lagi hendak kamu nafikan?"

    ReplyDelete
  10. salam nahmy,
    begitulah... sepatutnya semakin diulang semakin ingat kita kepada-Nya.

    ReplyDelete