Wednesday, November 24, 2010
terapi yang berkesan
Abah bukanlah seorang alim dan jauh sekali dikatakan sebagai ustaz. Abah tergolong dalam kategori orang tua yang masih belajar. Abah mencintai ilmu. Sekolah abah sekarang ialah masjid dan surau-surau. Apa yang abah sampaikan ialah apa yang abah dapat di sekolah abah. Abah teruja untuk berkongsi bersama kekawan melalui tulisan di samping lebih mengingatkan diri apabila abah menulis.
Walaupun begitu abah sebenarnya berasa takut untuk menulis. Abah takut dengan tulisan abah yang pandai menasihati orang lain sedangkan sebenarnya abah sendiri masih memerlukan nasihat. Ia seolah-olah membohongi diri sendiri. Menyampaikan sesuatu ilmu itu biarlah terlebih dahulu kita beramal dengannya. Jangan diumpamakan sebagai seorang jurujual yang bercakap hanya kerana ingin melariskan jualan semata-mata.
Abah suka sekiranya seorang jurujual menjual produk mereka setelah terbukti berkesan ke atas diri mereka sendiri berbanding memberi contoh testimoni orang lain.
Entah kenapa abah suka menulis soal kematian. Sehingga ramai yang meluat dengan tulisan abah, dah takde cerita pasal hidup ke, asyik mati, mati dan mati. Maafkan abah... Mungkin sebab perasaan begini yang selalu bermain di kotak pemikiran seorang yang sudah berada di hujung usia. Bagi abah ia adalah terapi yang berkesan apabila kita terlalu leka dengan urusan dunia. Apabila hati ada keinginan untuk sesuatu, perlulah segera diperingatkan, agar ia menjauhkan diri daripada godaan dunia.
Pada suatu hari Ibn Muti' melihat rumahnya. Dia kagum melihat rumahnya yang cantik, kemudian dia menangis. Katanya:
Demi Allah!
Kalaulah tidak mengingat akan mati
Aku amat suka melihatmu
Kalaulah kami tidak membayangkan kubur yang sempit
Kami mahu kekal hidup di dunia.
Tolonglah kami!
Kemudian dia menangis sekuat-kuatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Abah Aman,
ReplyDeleteSabarlah Abah Aman tidak menjadi kesalahan pun menulis tentang kematian. Penulisan Abah Aman tentang kematian memang menginsafkan sesiapa saja yang membaca blog ini.
Semoga Abah Aman terus bekarya dan menyampai nasihat yang berguna pada kami semua.
salam abah, kematian mengajar kita akan kezuhudan apabila hidup dan menerima dunia. semoga Allah merahmati abah.
ReplyDeleteBERAMAL
ReplyDeleteSEBELUM MATI
SELEPAS MATI
MENGHITUNG AMAL...
kita masih ada waktu untuk beramal!
salam azril,
ReplyDeleteInsyaAllah... semoga Allah memberikan kekuatan.
salam mohamadazhan,
ReplyDeletesemua kita akan menghadapi maut. Mengingatinya penting supaya kita lebih bersedia.
salam az,
ReplyDeletebenar tu... selagi masih hidup, kita masih ada waktu.
Salam abahaman
ReplyDeleteUsia seperti kita mati adalah jiran yg paling hampir..mengintai kita setiap saat..mengingati mati satu kemestian..tak salah rasanya menulis tentang mati yang pasti...untuk diri kita dan sahabat2 lain.
salam idalara,
ReplyDeletesungguh tu... hidup tetap diteruskan, mati adalah sebagai peringatan.
salam abah..
ReplyDeleteteruskan penulisan abah..penulisan ttg kematian mmg menginsafkan. peringatan untuk diri yg kadang lalai dengan urusan dunia..
walau perjalanan sukar, namun membaca kata2 abah membuatkan berfikir untuk apa kita ada di sini..
assalamualaikum. tak kisahle apa org kata...sbb yg berkata tu pun kelak mati. mengingati mati sebenarnya menjadikan seseorang tu semakin intelligent. spt hadis nabi "mereka yg bijak dikalangan kamu adalah mereka yg mengingati mati" (maaf tak teringat sapa perawinya dan tahap hadis ini).
ReplyDeletesalam abah,
ReplyDeletekebijaksaan yang tertinggi ialah mengingati mati.
lesen kereta mati pun kena ingat, apalagi diri sendiri.
salam nurr,
ReplyDeleteinsyaAllah... penulisan tetap abah teruskan sebab mungkin ini saja wadah yang mampu abah gunakan. Nak berceramah tak terkeluar suara...
waalaikumusalam nahmy,
ReplyDeletesungguh... orang berhak untuk berkata apa saja tetapi kita juga berhak untuk mendengar beberapa saja...
salam cikli,
ReplyDeleteSubhanallah... satu perbandingan yang tepat. Mantiq!
salam abah...teruskan menyampai peringatan...moga diberi ganjaran setimpal insyaallah...
ReplyDeleteyang PASTI.....M.A.T.I....
salam cikgu,
ReplyDeleteinsyaAllah cikgu, di atas sebab itu abah gagahkan juga...
semoga ALLAH MERAHMATI
ReplyDelete