Sunday, November 7, 2010
bayangkan bila sudah tiada...
Sesuatu yang kita miliki tidak nampak bernilai selagi mana ia masih menjadi milik kita. Sesuatu yang kita miliki tidak nampak berharga selagi mana ia masih berada di dalam genggaman kita.
Ada orang berasa senang dan selesa dengan bentuk fizikal tubuh badannya, kejelitaan, kekacakan, kesihatan dan kemerduan suara yang dimiliki. Ada pula berasa megah dan kagum dengan kekayaan harta, rumah besar, kereta mewah, gedung di darat, kapal di laut, eset luar dan dalam negaranya. Tidak kurang juga yang berasa hebat dan gagah dengan pangkat, bintang kehormat, keilmuan, kebijaksanaan dan empayar pengaruh kekuasaan ciptaannya.
Kita selalunya terlupa bahawa pengurniaan kejadian diri yang menyebabkannya kita berasa selesa, senang, megah, kagum, hebat dan gagah itu adalah nikmat daripada Allah ‘Azza wa Jalla. Semuanya itu dapat hilang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Sekarang kita masih berupaya senyum kerana semua itu masih ada pada kita. Kita akan menangis apabila nikmat-nikmat itu sudah tiada lagi. Kita pasti akan merasakan suatu kehilangan besar dan terlalu memerlukannya. Kita pasti akan menyesal tidak sudah kerana tidak memanfaatnya semasa kita masih memilikinya dahulu.
Bayangkan apabila sepasang mata yang cantik dan galak tiba-tiba tidak dapat melihat lagi. Sedangkan nikmat melihat masih belum kita terjemah kepada fungsinya yang sebenar. Bayangkan lagi apabila susuk tubuh yang sihat dan segar bugar tiba-tiba lumpuh dan tidak dapat bergerak. Sedangkan nikmat sihat masih belum kita guna untuk memberi khidmat kepada yang memerlukan. Bayangkan pula otak yang cerdik dan pintar tiba-tiba tidak dapat berfikir secara waras dan rasional. Sedangkan nikmat keilmuan dan kepandaian masih belum kita guna untuk menyebarkan kepada mereka yang jahil.
Dan... bayangkan juga apabila sampai masanya nikmat nyawa pula ditarik. Pada masa itu semuanya sudah tidak berguna...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,wbt
ReplyDeleteALLAH..ni'mat mana lagi yg patut kita dustakan??
Nothing!!
Jadi tiada ni'mat yg lebih berharga dan kekal melainkan ni'mat islam dan iman. Adapun ni'mat lain hnya buat sementara waktu..hargailah ia krn ia adalah ni'mat selepas ni'mat untuk kita hargai.
Moga ALLAH jauhkan kita dri menjadi org2 yg tak bersyukur dan takbur dgn ni'mat smentara yg ada.
Jazakallah abah..
Salam abah.
ReplyDeleteHidup dan kehidupan hanyalah sekadar pinjaman dari ALLAH. ALLAH akan mengambilnya kembali pada bila tiba masanya.
Hidup akn berakhir bila jantung berhenti berdegup, nadi berhenti berdenyut dan nafas berhenti berhembus.
Kehidupan( apa yg kita miliki dlm hidup) spt pangkat, harta, kecantikan juga boleh hilang tanpa diduga dan disangka. Tiada Yang Tidak Mungkin Dengan Kehendak Allah.
salam abah..
ReplyDeleteapabila abah lama menyepi pong rasa kehilangan...
Kereta kalau tak ada lampu pun dah tak boleh bergerak malam hari, apatah lagi mata yang sedia molek tiba-tiba tak berfungsi...
ReplyDelete(RUPA-RUPANYA NIKMAT ITU SEMENTARA!)
salam bintu arifin,
ReplyDeletebenar tu... tugas kita cuma sentiasa bersyukur di atas segala nikmat-Nya. Sayangnya masih ada yang tidak mampu untuk melakukannya.
salam shameel,
ReplyDeleteKalau hendak dihitung nikmat Allah kepada hambanya, tidak akan terhitung. kalau hendak dibayar, tidak akan terbayar... hidupnya kita di dalam kenikmatan.
salam cikli,
ReplyDeleteabah menyepi seketika cuma. masa agak terbatas.
buat masa ni tak sempat untuk menulis dan kunjung blog kekawan. berbanyak maaf...
salam az,
ReplyDeletememang sementara, tetapi kekadang mereka nak buat macam hak milik peribadi dan kekal buat selama-lamanya.