Wednesday, June 9, 2010
memo buat abah...
Fudail bertanya kepada seorang lelaki, “Berapakah umur kamu?”
Lelaki itu menjawab, enam puluh tahun,
Fudail berkata kepadanya, “Dah enam puluh tahun kamu berjalan kepada Allah, barangkali kamu sudah hampir sampai.”
Sekiranya kita sudah hidup lebih separuh abad, maka berkira-kiralah untuk menginsafi diri kerana kita sudah hampir untuk menemui Allah dan melangkah meninggalkan dunia yang sementara.
Kisah di atas adalah petikan entry dari blog adik ipar abah blog ana yang seakan terkena batang hidung abah. Terima kasih adik iparku...
Maka berkatalah abah kepada diri:
Wahai diri! Aku tidak mempunyai sesuatu benda yang berharga pun untuk diriku selain dari umurku saja. Setiap kali kurasa umurku lanjut, setiap kali itulah kurasa modalku berkurangan. Semakin hari semakin kecewalah aku berniaga untuk mencari keuntungan.
Wahai diri! Hari ini adalah suatu hari yang telah ditakdirkan oleh Allah bagiku untuk hidup lagi, dipanjangkan umur dan dibenarkan untuk mengecapi nikmat-Nya. Jangan engkau mensia-siakan hari ini, kerana setiap nafas dari nafas-nafas yang disedut adalah mutiara yang tidak ternilai.
Wahai diri! Janganlah engkau bermalas-malas dan condong kepada melakukan sesuatu yang tidak berguna atau berehat-rehat sehingga terluput dari ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang beramal soleh.
Wahai diri! Aku sebenarnya sudah tidak punya masa lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam warahmatullah abah,
ReplyDeleteImam Ibnu Qudamah pernah menyatakan : “Manfaatkanlah waktu hidupmu yang sangat berharga, jagalah waktumu yang mulia. Ketahuilah, bahwa masa hidupmu sangat terbatas. Nafasmu boleh dibilang, setiap nafas akan mengurangi bahagian umurmu. Umur itu sangat singkat dan yang tersisa sedikit amat. Setiap bahagian umurmu adalah mutiara yang sangat berharga, tidak ada tandingan dan penggantinya."
Wahai diri! Kita semua sebenarnya tidak punya masa yang banyak. Bila-bila masa 'dia' akan datang tanpa mengenal usia.
P/s: Sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri. Wallahuallam.
Salam.Entry ini simple..tapi cukup berkesan...Biasalah kalau dalam kehidupan ini kadang2 terlupa2 atau sengaja macam nak terlupa...Terima kasihlah kerana memberi peringatan..
ReplyDeletetermenung menginsafi diri ini...
ReplyDeleteSalam nurr,
ReplyDeleteSungguh... maut tidak mengenal usia, tapi ghalibnya yang tua lah pergi dahulu.
Apa-apa pun yang tua atau yang muda mesti berada di dalam keadaan bersedia.
salam sal,
ReplyDeleteItulah... kekadang tu masih ada yang tak sedar diri dah tua. Ada tu pulak tidak mengaku tua. Sedangkan masa tua inilah perlu dilipatgandakan amalan...
Terima kasih ziarah abah buat pertama kali.
salam cikli,
ReplyDeleteabah lagi lebih termenung sebab abah lebih veteran daripada tuan...
assalamualaikum. entah bile nak masuk makam 'dah bersedia' tu...tak tahulah pulak utk diri ini. tapi apapun akan tetap diusahakan. ajal-bila-bila boleh dtg menjemput...wallahualam
ReplyDeletewaalaikumusalam nahmy,
ReplyDeleteBersedia tidaklah bermakna kita mesti sentiasa berada di masjid atau surau. Apa yang perlu dalam segala kerja buat biarlah kita bersama Allah.
InsyaAllah tuan! Marilah kita sama-sama bersedia...
Ketika semangat memuncak, rasa diri ini muda benar, tapi tika melepet, letih...rasa diri ini rupanya dah tua....Oh! Beruntung kiranya diri ini diandaikan seperti Allahyarham Ustaz Hassan Syukri, dia kekal istiqomah dengan perjuangan islam hingga ke akhir hayat!
ReplyDelete-AL FATEHAH UNTUK ARWAH. SEMOGA DIA BERADA DI KALANGAN ORANG-ORANG BERIMAN!
salam az,
ReplyDeletebegitulah pejuang tulen, sepanjang usia berjuang sehingga mati di dalam perjuangan.
Al-Fatehah...
assalamualaikum Abah Aman
ReplyDeletesungguh masa sangat pantas berlalu kan.
entry yang menyentuh hati lalu mebawa ingatan pada ayah saya jua lewat perkongsiana rasanya pada anaknya ini.
waalaikumusalam qaseh mas,
ReplyDeleteya... masa tidak pernah leka... namun kita masih belum terlambat untuk mendapatkan sisa-sisanya.
terima kasih ziarah abah.
alhamdulillah semua dgn brtmbah usia maka brtmbah la amalan kita....
ReplyDeletesalam nza,
ReplyDeleteinsyaAllah... begitulah hendaknya dan istiqamah dalam mengerjakannya.