Friday, May 28, 2010
membina pondok kawalan
Banyaknya kejadian-kejadian kecurian dan pecah rumah menyebabkan tertubuhnya AJK Bertindak di taman tempat abah tinggal. Alhamdulillah, pondok kawalan nampaknya telah didirikan. Tahniah kepada mereka yang menjayakannya. InsyaAllah... sedikit-sebanyak kes-kes seperti di atas dapatlah dibendung.
Abah pun selalu mengalami kehilangan wang.
Hari minggu selalunya abah ke pasar untuk membeli ikan dan sayur untuk kadar seminggu dengan bajet sekitar RM100. Membawa sebuah bakul kecil selalunya sedang eloklah dengan hasil pembelian abah. Bila abah balik dari pasar abah dapati dompet abah sudah kehilangan RM200. Ke manakah hilangnya lagi RM100. Puas abah membelek. Ahh! Rupanya abah sudah terbeli barang-barang di luar senarai pembelian. Patutlah barang sudah melimpah bakul.
Begitulah selalunya berlaku apabila abah pergi ke pasar atau pasaraya. Tidak boleh pergi untuk membeli barang yang betul-betul dikehendaki sahaja tanpa terpikat dengan barang-barang selain itu. Mana boleh salahkan penjaja kerana menjual barang-barang bukan keperluan.
Ibu abah pernah berpesan, Orang yang selamat ialah orang yang berjaya mengawal diri. Orang yang tidak dapat mengawal dirinya, tentu tidak dapat mengawal orang lain. Berjaya mendidik diri itu lebih berharga dari memiliki harta benda. Abah insaf...
Itulah kelemahan abah. Abah pun masih keliru adakah kes-kes kehilangan seperti ini boleh diadukan kepada pihak polis atau pun tidak.
Buat permulaan... abah rasa abah perlu membina pondok kawalan di dalam diri abah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam
ReplyDeletepondok kawalan dalam diri?
...sungguh dalam maknanya!
salam tehr,
ReplyDeleteEntry sempena menyambut kenaikan harga minyak.
salam warahmatullah..
ReplyDeletebetul abah, biasa berlaku 'ter' dalam banyak perkara. Kalau dalam pembelian biasanya sediakan 'list' agar tidak terbeli. kalau dalam kehidupan? 'LIST' yang ditinggalkan oleh Nabi Junjungan Mulia jadi panduan. ingatan utk diri.
wallahuallam.
btol tu kdg2 kita belanja x sedar pun? tgk2 dh hbis duit? hehe
ReplyDeletewah, ada makna berselirat seribu di sebalik ungkapan pondok kawalan dlm diri. Semua org perlu pondok kawalan diri. Perlu supaya berhati2 dan tak rugi.
ReplyDeleteDuit sgt susah untuk dicari , tapi nak habiskan sekejap jer tanpa disedari.
salam nurr kasih,
ReplyDeletebetul tu nurr... list itu penting supaya kita tidak tersasar. Tersasar membeli akaun rugi, tersasar kehidupan padah menanti.
terima kasih atas ingatan. selalulah kita merujuk kepada LIST Allah dan Rasul-Nya.
salam nick irfan,
ReplyDeleteKata orang berbelanja itu berhantu tak pun kita dah dirasuk hantu... entahlah...
terima kasih jengok abah.
salam shameel,
ReplyDeleteAbah teringat kata-kata tok guru. Berjimat jangan sampai kedekut. Berbelanja jangan sampai boros.
Tu yang perlu pondok kawalan tu...
PONDOK KAWALAN saya dah dhaif benar, bila hujan turun, bocor...air mencurah-curah, bila panas, matahari tembus sampai ke lantai, susah nak berlindung! Kadang-kadang 'GUARD' sendiripun tak boleh tahan panas dan sejuk...maka tinggallah PONDOK KAWALAN sebagai tempat'budak-budak nakal berpesta-pestaan!'
ReplyDelete- hati panas sebab selalu kena curi halnya 'pak guard' tidur! heheheeee!
salam az,
ReplyDeleteBegitulah pentingnya pondok. Tempat berteduh daripada hujan dan panas. Di masa kita kecik dulu lagi kita sudah didedahkan dengan permainan pondok-pondok supaya kita dapat membezakan di antara pondok durian dengan pondok polis. SPR pun sudah menghapuskan pembinaan pondok panas semasa pilihanraya kerana bimbang boleh mencelikkan pengundi. Kalau di kelantan pondok merupakan sekolah yang melahirkan ramai cendikiawan Islam bertaraf ulamak di negara kita.
Ehh... panjang pulak...
rupanya ada gak org lelaki camtu...he....
ReplyDeletettp biasanya org2 pompuan yg boros...trmasuk la sy sndiri...trpaksa mendidik diri agar brubah nie....
salam nza,
ReplyDeletekekadang tu abah bukan nak berbelanja pun, tapi apabila tengok makcik-makcik tua yang berniaga abah jadi kesian. Berbelanja untuk membantu. Sekadar itu yang mampu abah lakukan...
terima kasih kerana sudi jengok abah.
skrg nie..kalu g supermarket..hatta pasar skalipun..tup2 kurang2 dlm 20/30 ringgit..sme ada hrga brg naek..atau kte yg naek penin smp bli byk brg..
ReplyDeleteape2 pun..bgs gk entry nie..dpt remind diri suh jimat cermat..lg2 kalu stdnt..
salam realiti,
ReplyDeleteBetul tu... Itulah realiti kehidupan sekarang. Apabila minyak naik, kita terus jadi naik minyak... apa nak buat lagi.
Terima kasih ziarah abah kali pertama.