Saturday, June 19, 2010

Jatuh cinta kepada Cik Dunia


Cik Dunia memanglah lawa, cantik, jelita dan apa saja perkataan yang seumpama dengannya layak diberi buatnya. Cik Dunia bukan sahaja cantik pada rupanya, malah sifatnya yang menggoda boleh menggamit sesiapa sahaja untuk terpesona dengannya.

Cik Dunia sanggup menunaikan apa sahaja kehendak yang kita ingin, idam dan hajatkan. Inginkan pangkat dan darjat kebesaran, pikatlah Cik Dunia. Hajatkan kekayaan dan kemewahan, tawanlah Cik Dunia. Idamkan kemuliaan dan kekuasaan dampingilah Cik Dunia. Sebutlah apa sahaja permintaan Cik Dunia sedia mengadakannya. Calang orang yang tidak terpaut hati dan tergilakannya.

Oh! Cik Dunia aku cinta padamu... setiap saat terbayang wajahmu... tidur malam termimpi-mimpi, tanpamu siapalah aku... Begitulah biasanya, kalau hati sudah cinta. Ayat-ayat cinta dan ungkapan yang mengatakan, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena terlalu sering diperkatakan. Setiap bicara adalah tentang Cik Dunia...

Kalau begitulah tanda-tanda yang ada pada anda, bermakna anda telah terkena penyakit hati. Apabila hati telah berpenyakit, hati itu tidak akan melihat akhirat. Terlalu cintakan Cik Dunia menyebabkan orang berlumba-lumba untuk mendapatkannya tanpa mempedulikan halal atau haram. Dalam perlumbaan dan perebutan ini tidak ada padanya urusan akhirat dan agama.

Sudah hilang hati yang hidup dalam kehidupannya. Nasihat dan peringatan sudah tidak berkesan. Hawa nafsu bermaharajalela. Syahwat membara dan membangkitkan berbagai keinginan daripada gejolak hawa nafsu untuk mendapat kemegahan dan kebanggaan. Sanggup melakukan penindasan dan kekejaman untuk mendapat kekuasaan serta harta semata.

Apabila sampai di tahap ini eloklah diubati dengan melakukan pembersihan hati.

Sedarlah wahai pencinta dunia! Tiada gunanya kita menyintai Cik Dunia. Dunia hanya sementara. Segala apa yang kita dapat dari Cik Dunia adalah pinjaman. Kita diamanahkan untuk menjaganya sahaja. Bertemu masa dan ketika Tuannya akan datang untuk mengambilnya semula. Secara rela atau terpaksa kita mesti menyerahkannya...

12 comments:

  1. mmg bahaya tu.....kita boleh hanyut jika trlalu mencintai dunia.....

    ReplyDelete
  2. salam nza,
    sungguh tu... bila dah hanyut, tak tahu apakah nasib kita selepas itu.

    ReplyDelete
  3. Dunia memang tempat ujian yang mengujakan sesiapa sahaja yang terleka..ya Allah , tetapkan lah iman-ku..

    ReplyDelete
  4. salam abah.

    Ya Allah kadang2 terasa tergoda dengan dunia, sedangkan tahu di 'sana' lebih kekal. Tanam dan pasak di dlm hati, dunia hanya sementara! Apa yg ada ditangan, bila2 sahaja akan diambil pergi.

    "Menggemari dunia akan meletihkan penggemarnya di dunia dan akhirat. Sedangkan zuhudkan dunia, akan merehatkan tuannya di dunia dan akhirat."

    ReplyDelete
  5. abah...dunio ni indah abah weii...rumoh..tanoh..duit bertimbun...oghe ttino..kereto...perhiasae..kain baju..gayo hidup..status sosial...empayar perniagaan...pangkat..jawatan...kuaso...nok BELAKO!!..pah guano??...kalu lah buleh bowok belako lepah mati....MATI!!

    ReplyDelete
  6. salam murthada,
    InsyaAllah... semoga kita lulus cemerlang di dalam ujian Allah ini dan seterusnya meningkatkan ketaqwaan kita ke tingkatan yang lebih tinggi...

    ReplyDelete
  7. salam nurr,
    sungguh... mudah sangat kita tergoda... tengok, bila masuk aje musim bolasepak piala dunia, sudah melekakan penggemar daripada mengingati nasib rakyat Islam di Palestin yang sedang dihimpit tekanan.

    ReplyDelete
  8. salam cikgu,
    sengoti weh! tu nok keno cuci hati tu... gosok karat daki hok dok nok ko bendo lagu sakni. Biar nampok pekakah akhirat jauh lebih molek!

    ReplyDelete
  9. cinta dunia takut mati.huhuhu..saya pun ada penyakit hati.padahal dunia ni macam bangkai nak masuk syurga pun Allah tak bagi sebab macam najis yang busuk bila orang melepas xmau toleh tengok dah...
    bila cinta dunia, wujud rasa takut mati padahal mati tu mesti tak boleh lari mesti mati jugak wajib xmau camana pun.
    n Rasulullah bersabda orang yang paling bijak orang yang selalu ingat mati.
    kalau kita selalu ingat mati mesti hati tak gundah bila ada masalah sebab mesti kita tau masalah teruk berat tak daya macam mana pun nanti mesti last2 mati jugak.tak p mana punya.huhuhu..bagus entry u untuk manusia macam i.

    ReplyDelete
  10. Kata kawan saya:
    "Jangan kamu bencikan dunia, kerana dunia adalah tempat kamu bercucuk tanam!"

    Kata kawan saya yang sorang lagi:
    "Cintailah dunia kerana di sini kamu boleh memberi bakti dan Kasihlah Akhirat kerana di sana kamu boleh menuai bakti!"

    -Saya:BENCI DAN CINTA DUNIA KERANA ALLAH.

    ReplyDelete
  11. salam purplepolaris,
    Betul tu... dunia ni ibarat syurga bagi orang kafir tetapi penjara bagi orang beriman. Maknanya tidak boleh sebebasnya...

    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  12. salam sahabatku az,
    kata Imam Malik: cinta keduniaan itu menjadi pokok pangkal dari segala kesalahan.

    Cinta yang sepatutnya ialah mencintai Pencipta dunia itu sendiri.

    ReplyDelete