Thursday, October 8, 2009
Sempadan Allah
Katalah Allah Taala telah membuat satu pagar sebagai batas sempadan kawasan yang Allah benarkan dan redha kita berada di dalamnya. Sempadan Allah.
Apabila seseorang itu boleh berada di dalam sempadan Allah bermakna seseorang itu telah mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya. Berada di luar sempadan Allah bermakna seseorang itu telah engkar.
Berada di bulan Ramadhan yang lalu ibarat berada di universiti. Sebulan kita dilatih, diasuh dengan puasa, solat berjemaah, terawikh, witir, qiamullail, tazkirah dan sebagainya dengan harapan kita yang berada di luar sempadan dapat kembali ke dalam sempadan Allah. Ini adalah satu tawaran khas daripada Allah Taala sebagai tuan punya kawasan.
Kebanyakkan daripada kita berjaya melakukan dengan jayanya di dalam bulan Ramadhan seterusnya berjaya masuk ke dalam sempadan Allah, tetapi kembali engkar apabila keluar daripada bulan Ramadhan. Engkar bermakna mengeluarkan semula diri kita daripada sempadan Allah. Di luar sempadan Allah bermakna di dalam sempadan syaitan.
Ini bermakna kita telah gagal di dalam ujian Ramadhan sesi ini. Tunggulah tibanya sesi Ramadhan yang akan datang. Itu pun kalau masih belum dijemput masuk ke universiti Barzakh dengan soalan-soalan ujian yang lebih berat dan semestinya memerlukan tugasan yang lebih hebat untuk menjawab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam man..,
ReplyDeletesekadar dapat iazah sementara. lepas tu kena tarik balik, tak mampu nak konsisten... satu kelemahan yag teramat lemah...
salam mie,
ReplyDeletesungguh... mungkin lulus tu pun sebab meniru...
Wow! Rasanya ini pertama kami posting demo yang tak guna gambar pokok tumbuhan sebagai hiasan....
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletekeluar-masuk sempadan ni kadangkala jadi permainan.
Salam dek!
ReplyDeleteYa... tapi masih lagi atas sempadan dek, sebab rantai tu ditambat di batang pokok. Hee...
Salam cikli,
Gitulah... selagi bernama manusia. Tambah-tambah lagi kalau tinggal dekat sempadan.
assalamualaikum..
ReplyDeletekekadang tu belum kira nak seberang sempadan, nampak sempadan pun dah kecut perut...takut tak terpikul...
Salam nahmy,
ReplyDeleteYa... istiqamah di dalam sempadan Allah itu yang sebaiknya...
abah...nok istiqamah tu hok payoh bah...lemoh nyo kito nih..
ReplyDeleteSalam cekgu,
ReplyDeletememae payoh do'oh, tapi nok wat guano... nok keno achu tra, deh!
Bila tengok aje RANTAI BESI tu hati terus terdetik! " DUNIA PENJARA BAGI ORANG MUKMIN DAN MENJADI SYURGA BAGI SI KAFIR!"
ReplyDelete-p/s: rantai tu dah karat benar! Ish...ish...ish?
pesan Nabi s.a.w, lakukan sesuatu yang ringan tetapi berterusan daripada yang berat tetapi terhenti-henti...
ReplyDeleteMaka di atas kelemahan di sebalik kesempurnaan itulah, Allah Taala 'Ciptakan' pengampunan... maka bermohonlah ampun bagi sebarang kelemahan kita... dengan cara itu, tatkala kita sedang melangkau keluar atau sudah jauh dari garis sempadan yang telah ditetapkan, kita akan dikembalikan semula di dalam gelanggang... dan kalau sudah terlepas jauh sehingga berlaku syirik, masih lagi Allah Taala berikan peluang iaitu Taubatan Nasuha...
Cuma... dalam hablumminnas... tu yang paling banyak tersangkut... terutama dengan ibu bapa kita... Berlekuk dan hitam dahi, tetapi jiran sebelah mati kebuluran pun kita tak hiraukan, jawabnya... nanti berjawab-jawablah sebelum tercampak ke dalam Nar... dan qalidun la kita di dalamnya... na'uzubillah...
Menyeberangi sempadan Allah maka status pun bertukar menjadi pendatang haram. Haram itu tidak halal lagi.
ReplyDeletesalam az,
ReplyDeleteItu lah... dah hampir sebati di antara rantai dengan tiang pagar. Agak sukar untuk dipisahkan.
Salam abnormal,
Subhanallah! Melengkapkan... mantop!
Salam tot,
Benar... satu perbandingan yang mudah difahami...