Saturday, October 24, 2009
memaku hati
Kisah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walau hanya kerana satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, ayahnya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali apabila kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 41 batang paku pada tembok batu tersebut. Selang beberapa minggu, dia sudah dapat mengurangkan kemarahannya, maka jumlah paku yang digunakan turut berkurangan.
Dia kini mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu ketika pemuda tersebut tidak marah lagi, walau sekalipun. Dengan rasa gembira dia memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut.Ayahnya mengucapkan tahniah lalu menyuruh dia mencabut semula paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari... akhirnya dia telah berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya. Ayahnya memimpin tangannya ke tembok tersebut lalu berkata,
“Alhamdulillah... kamu telah melakukannya dengan baik, anakku... tetapi lihatlah kesan-kesan lubang pada tembok batu ini. Ia tidak lagi kelihatan sama seperti sebelumnya. Begitulah... apabila kamu melafazkan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika sedang marah. ibarat kamu memaku hati orang lain. Ianya pasti akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti tembok ini...”
Nota: Luka di hati lebih pedih dari luka fizikal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI MUSLIM TOUR
ReplyDelete“Mari Pakat Gi Jale”
6DAYS 5NIGHT
DARI RM340
assalamualaikum..syukran jazilan atas citer. mmg benar kdg2 kata-kata kita boleh meninggalkan luka pd org lain. semoga saya sentiasa mengingati citer ni...sbg pedoman diri sendiri.
ReplyDeletepedoman utk kawe jugok!!!
ReplyDelete'gambar sebagai hiasan' demo sangat tepat! KEMAH!
ReplyDeleteluka di tangan... nmpak darahnya...
ReplyDeleteluka di hati... siapa yg tahu...
Allah tahu... ubati hati... hiburkan hati...
dgn zikrulLah... Allah tidak prnah mengecewakan hamba-Nya
Salam al-Quds Travel,
ReplyDeleteWey laa... muroh bedooh ni... buleh pakat gi belako, insyaAllah.
Salam Nahmy,
Waalaikumussalam... InsyaAllah... yang baik jadikan teladan.
Salam Mansor,
Sama-sama kito bebah dari menggunakan paku.
Salam Dek,
Alhamdulillah! Ilham dari Allah... tapi apa-apa pun demo lagi KEMAH!
Salam pakngah,
Benar tu... biar terpaku jari, jangan terpaku hati...
aku selalu jugak gunakan paku..
ReplyDeleteBila aku tengok perempuan cantik, aku terpaku...
Bila payment aku lambat, dan bil-bil datang berlambak... aku lagi ler terpaku...
Bila geng-geng publisher ajak aku gi makan dan aku pun pergi, kemudian bil yang datang lebih dari seratus ringgit... aku terlebih-lebih terpaku...
Bila kengkawan yang sudah lama tidak aku jumpa, tiba-tiba depa muncul balik dengan rupa yang sangat berbeza daripada yang aku kenal dulu... lagilah aku terpaku...
hehehe...
salam abnormal,
ReplyDeleteHang memang mudah terpaku selagi hang suka pucuk paku...