Sunday, August 30, 2009

membaja diri


Bukan mudah, tatkala jam di dinding berdetik tiga kali, kita bangun melemparkan selimut tebal dan meninggalkan tilam empuk. Pergi ke bilik air lalu membasuh muka, membersih tangan dan mencuci kaki… berwuduk.

Di gelap malam, menjenguk ke tingkap, mendongak sejenak ke langit. Menghitung bintang yang mengerdip. Menyaksikan alam sekeliling sedang rebah di dalam kesepian, memuji dan memuja Tuhannya dengan bahasanya sendiri.

Di saat orang lain lenyap dalam ayunan mimpi, kita bangkit membaja diri. Mempersembahkan puji dan puja yang tidak berbelah bagi. Merayu diampunkan setiap dosa dan kesalahan. Memohon keredhaan dan kerahmatan untuk menempuh kehidupan.

Meleleh airmata di muka kerana kita yang lemah dan dhaif ini diperkenan mengadap.

7 comments:

  1. Ada orang cakap "melemparkan selimut tebal dan meninggalkan tilam empuk" tu lebih berat dari kerja buruh kasar di terik matahari... kawe rasa ada kebenarannya tu, kan?

    ReplyDelete
  2. dan sangat tidak mudah untuk kita benar-benar mengakui dosa dan kesalahan melainkan sekadar di mulut dan secebis tersangkut di sanubari...

    ReplyDelete
  3. KURANG BAJA TERLEBIH AIRPUN MASALAH dan TERLEBIH BAJA DAN KURANG AIRPUN boleh mati pokok tu...?
    AKHIRNYA ILMU JUGA YANG KITA KENA TIMBA untuk MENYUBURKAN POKOK ITU.
    SELAMAT MEMBAJA!

    ReplyDelete
  4. Membaja diri... membangun iman... insyaAllah ia bakal menerangi & menemani diri di sepi yg panjang, menjadi saksi di hadapan Khaliq. Jadilah pemburu di gelap pekatnya malam.

    ReplyDelete
  5. Salam dek!
    Mungkin benar, sebab kerja tu bukan sekadar memerlukan kekuatan fizikal semata tetapi tambahan kekuatan dalaman.

    Salam Abnormal,
    Payah... hanya Allah saja yang Maha Mengetahui...

    Salam Az,
    Betul tu... pokoknya mesti tahu ilmu pokok-memokok dulu...

    Salam pakngah,
    Tanpa baja... ibadah tidak akan subur, aqidah tidak akan kuat, iman tidak akan berkembang.

    ReplyDelete
  6. setuju dgn gedek...yg baik mmg selalunya amat payah utk dikecapi hatta dilakukan. semoga 'perjuangan' dpt diteruskan...

    ReplyDelete
  7. salam nahmy,
    Apabila berjaya selesaikan sesuatu yang payah memang terasa nimatnya...

    ReplyDelete