Wednesday, February 24, 2010

kematian


Alhamdulillah.... masih bernafas lagi abah. Dah agak lama abah tidak buka blog malah buka internet pun tidak... berikutan dihimpit oleh tugas-tugas dan isu-isu yang agak menyesakkan nafas abah.

Akhir Disember lalu, abah dikejutkan dengan peristiwa kematian kakak ipar. (Kakak kepada isteri abah). Selang sebulan, peristiwa kematian abang ipar pula. (Suami kepada kakak abah). Ini telah membuatkan ipar-ipar abah yang lain berada dalam sindrom ketakutan. Baguslah tu... sekurang-kurangnya bila ada rasa takut, kita perkuatkan sedikit amal ibadat kita. Tetapi ini tidak bermakna ipar-duai abah yang lain adalah giliran yang seterusnya. Bukan begitu formulanya...

Namun, bersedia ataupun tidak, giliran kita tetap akan tiba jua. Bagaimanakah nanti bila tiba giliran kita? Apakah kita akan mati di dalam keadaan mengucap?

Kata ustaz, jika kita sentiasa menyuburkan amalan-amalan Islam yang sebenar, mengucaplah kita. Kalau kita menyuburkan amalan-amalan syaitan yang menyesatkan, alamat meracaulah kita...

Oleh itu kita mesti istiqamah. Istiqamah dalam erti kata berpegang teguh dengan tali Allah. Wa'tasimu bihablillah... Ibarat kata, Allah di Syurga, kita di dunia, Allah melemparkan talinya ke dunia untuk kita pegang iaitu Al-Qur'an dan Sunnah. Dalam masa yang sama syaitan juga mengambil kesempatan melemparkan talinya. Talinya sudah semesti mengelirukan dan bertepatan dengan nafsu serakah kita.

Jadi kita tanyalah diri kita dan kajilah tali mana yang sedang kita pegang sekarang. Adakah tali Allah atau tali syaitan? Apa yang kita takut, kita rasa sudah pegang pada tali Allah tetapi bila diikut-ikut tali sehingga ke pangkal rupa-rupanya tali syaitan. Nauzubillah.

Lihatlah kematian... Ada orang hidup senang, mati susah. Ada orang hidup susah, mati senang, Ada juga yang hidup senang, mati pun senang dan ada pulak hidup susah, mati susah. Semuanya bergantung kepada amalan semasa hidup di dunia. Jangan leka dengan dunia sahaja. Bersungguh-sungguhlah menyuburkan Islam. Jangan solat sekadar masa lapang sahaja. masa sibuk tinggal. Puasa sekadar masa tak ada makanan, bila mewah tinggal... Berdoa sekadar bila ada masalah, bila selesai tinggal...

Bagi abah, formulanya mudah...

Tak payahlah kita susah-susah fikir pasal maqam tinggi ke, maqam rendah ke, sembahyang niat, sembahyang batin, amalan isi, amalan kulit, siapa aku, siapa engkau dan sebagainya sehingga akhirnya langsung tidak bersolat. Ikut saja Rasulullah saw. Rasulullah solat, kita solatlah.... Rasulullah puasa, kita puasalah... Rasulullah berdoa, kita berdoalah... Rasulullah berjihad, kita berjihadlah... Barulah cinta Rasulullah namanya...

Salam Maulidur Rasul. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, keluarga serta sahabat baginda.

Wallahuaklam.

6 comments:

  1. Salam Man,
    jangan selalu sesak nafas, nanti nafas tersesak-sesak. He he he he...

    Mati itu sudah pasti
    Hidup pula insya-Allah
    Al-Quran & Sunnah diikuti
    Insya-Allah selamat jiwa, hati & diri!

    Takziah buat mereka yg kehilangan insan2 disayangi!

    ReplyDelete
  2. Mati akal bila berselirat dengan pelbagai isu yang menyulitkan. Tak hadap rasa bersalah, bila mengadap benda tu, rasa macam tak tentu arah! Aduhai hati aduhai mati, masih sempat lagikah nafas yang tinggal sedikit ini merasakan nurnya ilahi?

    -Harap sangat kita tak terpegang tali syaitan yang diseret masuk ke lubang biawak. Kita doakan moga kita terus berpegang dengan TALI ALLAH. INsyaAllah!

    ReplyDelete
  3. Salam Mie,
    Nak buat macamana mie... kita tak hisap rokok, tapi ada orang hembus asap rokok depan kita. Kita dah berhati-hati tapi ada orang sewenang-wenang datang langgar kita pulak. Bagitulah ibaratnya...

    Salam Az,
    Mudah-mudahan mereka yang dah terpegang tali syaitan akan sedar dan kembali berpegang dengan tali Allah.

    ReplyDelete
  4. salam maulidur rasul abah....mati tu bendo SOH doh...setiap masa malaikat maut dok jengok kito...sementara hidup..mari pakat2 hayati & amal sunnah Rasulullah s.a.w...insyaallah!

    ReplyDelete
  5. salam Maulidur Rasul..
    benar & betul, ikut saja sunnah Rasul. mati tetap mati...lebih baik mati ikut Quran & Sunnah.

    ReplyDelete
  6. Salam Cekgu,
    Dale duk soh tu cekgu, ada jugok orghe raso dia tak akae mati.. pelik...

    Salam Nahmy,
    Ramai orang nampak sunnah ni bab kahwin empat aje...

    ReplyDelete