Friday, December 4, 2009

hari ini...


Masyarakat yang kita kenali sebagai masyarakat Islam hari ini adalah campuran daripada berbagai bangsa yang mempunyai kelakuan yang berbagai.

Dari aspek kelakuan moral saja, kita dapat lihat kelakuan masyarakat Islam sama seperti yang terdapat pada orang-orang bukan Islam.

Hari ini, jumlah orang Islam yang berbohong di dalam mahkamah mungkin sama banyak dengan jumlah orang bukan Islam yang berbohong. Begitu juga orang Islam tidak mahu ketinggalan dalam gejala rasuah, mencuri, berzina, berbohong dan lain-lain. Pendek kata semua cara hidup orang-orang bukan Islam diguna pakai oleh orang Islam dengan selamba saja. Malah, kadang-kadang melebihi orang bukan Islam pula...

Hari ini, seorang peguam Islam yang mengetahui bahawa pelanggannya nyata bersalah, tidak ada rasa takut kepada Allah untuk menolong membebaskannya... sama seperti peguam bukan Islam juga.

Siapakah akan mengakui ketinggian moral mereka? Siapakah akan tertarik kepada Islam apabila berdampingan dengan mereka? Dapatkah mereka mengulangi pekerjaan seperti yang tersebut dalam al-Qur’an: “Dan engkau melihat mereka akan masuk dalam agama Allah beramai-ramai.” Di manakah kepimpinan spiritual mereka akan diterima?

Tugas memuliakan perkataan Allah memerlukan sekumpulan manusia yang takut kepada Allah dan mengikuti undang-undang Allah tidak kira untung atau rugi.

Apakata... kita yang memulakan... HARI INI...!

8 comments:

  1. kerana duit yang Islam lupa siapa dirinya. kerana dunia manusia lupa akhiratnya...menidakkan yang benar...menghalalkan yang salah..kini yang benar berada di bawah...hijab penipuan ditutup dengan ritorika kezaliman...inilah dunia...takut pula anakanda mendengarnya

    p/s: semasa Nik Aziz datang ke taman melewar anakanda ada juga cr abah..tak jmpa..abah tak ke sana ke?

    ReplyDelete
  2. salam anakanda ogy,
    Islam diperhati... kalau orang Islam tidak menunjukkan akhlak yang lebih baik dari orang bukan Islam, mana mungkin orang bukan Islam boleh menghormati Islam.

    Abah tidak ke sana malam tu... kebetulan ada agenda lain tapi hati bersama Tok Guru...

    ReplyDelete
  3. dalam keadaan dan persekitaran kita sekarang, amat payah sebenarnya untuk kita berpegang atau membela kebenaran. Dan kalaupun kita berusaha, akan ada terlalu banyak tangan yang berusaha untuk menarik kita daripada kebenaran tersebut.

    Dan terlebih malang apabila kebenaran yang sebenar dilindungi oleh kepalsuan yang berpakaian iman dan takwa. Maka tidak hairanlah kita hari ini, terus tercebur banyak sebanyak-banyaknya dalam jurang kuasa.

    ReplyDelete
  4. salam abah..
    mmg benar tu...Lord Reid dijunjung seantero negara, Quran & Sunnah bukan setakat nak faham...terdengar sikitje dah meloncat mengata org yg ikut sbg radikal, terrorist dsb. besok diorang bawalah Lord Reid tu ke kubur...walalhualam.

    p/s: maaf macam geram sikit je saya nih

    ReplyDelete
  5. salam abnormal,
    Dalam soal kerja, kita tengok orang Islam tidak menunjukkan profesionalisma, banyak main-main, tangguh-tangguh, birokrasi... sedang orang bukan Islam pula lebih bersungguh-sungguh, menyelesai masalah, pantas, cekap... walhal itu adalah cara Islam. Bagi aku orang Islam perlu muhasabah lantas berubah...

    ReplyDelete
  6. salam nahmy,
    Orang bukan Islam ada mengakui... selagi mana al-Qur'an berada di tangan orang Islam, selagi itu Islam tidak dapat dikalahkan. Islam dihormati dan digeruni... Soalnya sekarang orang Islam sendiri telah mencampakkan al-Qur'an ke bakul sampah.

    ReplyDelete
  7. salam man,

    manusia hari ni lebih takut dan hormati undang2 manusia demi kepentinga diri, drp takut dan hormati undang2 allah.

    ReplyDelete
  8. salam mie,
    kenapa ya? sedangkan esok manusia semua akan dihadapkan ke mahkamah Allah Rabuljalil...

    ReplyDelete