Saturday, July 25, 2009
menangis
Manusia mudah menangis. Fitrah. Ada yang menangis kerana gembira. Ada yang menangis kerana berduka. Ada juga yang menangis kerana kerjaya (lakonan).
Namun tidak semua orang menangis kerana ketakutan seperti mana menangisnya saidina Abu Bakar as-siddiq apabila mula mengimamkan solat kerana terlalu takut berhadapan dengan Allah.
Juga tidak ramai yang menangis kerana penyesalan seperti mana menangisnya Saidina Omar al-khatab kerana mengenangkan dosa-dosanya yang telah lalu sehingga meninggalkan kesan tangisan pada wajahnya.
Sedang kita masih mampu bergelak ketawa tanpa ada rasa bersalah. Langsung tidak tersentuh hati apabila dibacakan ayat-ayat Allah. Apatah lagi untuk menangis. Bertaubat sekadar di mulut, di hati tidak. Sepatutnya kita yang lebih banyak menangis berbanding dengan sahabat-sahabat Rasulullah saw yang telah dijanjikan syurga. Kerasnya hati kita.
Jangan besok kita akan menangis tidak berlagu.
Nota: Pesanan ini dituju khas buat diri abah sendiri dan yang sewaktu dengannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam abah..yea satu peringatan yang baik
ReplyDeleteSalam arsaili,
ReplyDeleteSesekali hati kita perlu dijentik.
ada gak yang menangis krana lupa lirik...
ReplyDeletesgt kurang yg menangis krana lupa Allah...
Jangan lupa Allah!
Pilihan visual yang tepat....! Maklomlah... orang berpengalaman luas dalam seni visual...
ReplyDeleteSalam pakngah,
ReplyDeleteItulah... manusia memang mudah lupa diri...
Salam dek!
Terima kasih! Segala puji bagi Allah!
Ada yang menangispun tidak,
ReplyDeletebersuarapun tidak
senyumpun tidak
DERIANYA SUDAH HILANG... RUYUB!
P/S: 'MENANGIS TAK BERLAGU' SIAPA PENYANYINYA TU?
Salam sahabatku Az,
ReplyDeleteIni dah kira masuk kategori hidup segan mati tak mahu... kalau menyanyi pun mesti lagu senyap dan sunyi aje...
Lahir ke dunia kita menangis. Mati besok harapnya ada yang menangis untuk kita pula, penangan jasa bakti dan airmata kita semasa hidup.
ReplyDeleteSalam SOT,
ReplyDeleteTaburkan jasa bakti dengan ikhlas... InsyaAllah!
Salam ziarah.
ReplyDeleteYang paling suci ialah menangis mohon keampunan Tuhannya.
Para Wali menangis kerana rindukan Tuhannya.
Salam mountdweller,
ReplyDeleteBetul tuan! Allah menunggu-nunggu mereka yang ingin menangis di hadapan-Nya memohon keampunan. T/kasih singgah umah ambo!
kawan saya kata,
ReplyDeletesenyum dalam tangisan adalah satu ketabahan, menangis dalam senyuman adalah satu kepuraan.
Salam Cikli,
ReplyDeleteSungguh tuan! Jangan pulak kita tertipu dengan tangisan seseorang.