Saturday, July 11, 2009

hijaunya kampung


Aaaaaaahhh… lega rasanya menarik nafas kehijauan kampung tanpa habuk dan asap.

Pemandangan hijau yang kian pudar di kota masih segar kelihatan di sekeliling rumah sahaja. Belum lagi ke kebun atau pun dusun.

Suasana redup hijau, tenang dan damai membungkus terus pemikiran yang hiruk pikuk semasa di bandar. Berehat di bawah pokok seumpama sudah berada di tempat peranginan.

Sajian hijau sayuran kampung, berlauk ikan sepat goreng amat menyelerakan abah. Bukan saja abah, malah isteri dan anak-anak abah yang lahir dan dibesarkan di kota pun berselera juga.

Itulah… sesekali dapat balik kampung abah rasa macam dah tak kuasa nak kembali ke bandar.

9 comments:

  1. salam...yeaaaaa hijau ni org kata terapi mata...sungguh menyegarkan....

    ReplyDelete
  2. Oo... anok-anok
    Tok leh meghaso mandi laok
    Bersaing main ghama-ghama

    Ale lo ni tuo omornyo berjoto
    Koto usoho jauh ke daghi malo petako

    Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
    Keno make asak hok biso, weh
    Pase maknusio
    Seghemo bendo-bendo di dunio
    Tok leh tahe
    Sapa bilo-bilo

    (Zainal Abidin / Hijau)

    ReplyDelete
  3. Salam arsaili,
    Sungguh! Sejuk mata memandang...

    Salam dek!
    Kawe suko lagu ni. Kawe yakin betul... kawe kunci lirik ini...

    ReplyDelete
  4. HIJAU regunya PUTIH...
    Jangan lupa jalan pulang dan jangan lupa lirik!
    KAMPUNG KITA DI SANA! TERANG SANG BULAN.

    ReplyDelete
  5. Betul betul betul. Bandar membosankan.

    ReplyDelete
  6. Salam sahabatku az,
    Yes! Memang cantik kombinasi warna hijau putih. Harmoni...

    Salam sahabatku zam,
    Bosan tapi rindu...

    Salam mie,
    Kejap aje. Ada urusan.

    ReplyDelete
  7. abah..
    ikan sepat goreng? hisyyyy!!

    ReplyDelete
  8. Salam lup,
    Abah nak pelawa pun, benda dah habis!

    ReplyDelete