Friday, October 28, 2011
murah hati yang mahal
Abah singgah solat di sebuah surau. Usai solat seorang budak menghampiri abah. Sebuah tabung derma dihulurnya. Raut wajah dan gaya pakaian budak itu meyakinkan abah bahawa dia adalah anak yatim yang mewakili sekolahnya memohon sumbangan. Abah menghulurkan derma.
Di suatu sudut beranda surau kelihatan seorang pakcik penarik beca sedang berehat melepaskan penat.
Budak itu lalu menghampiri pakcik itu dan menghulurkan tabung derma kepadanya.
Pakcik penarik beca menyeluk saku seluarnya yang lusuh. Sekeping note berwarna merah sepuluh ringgit dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tabung derma tersebut.
Budak itu mengucapkan terima kasih seraya berpaling untuk pergi. Tetapi pakcik itu memberi isyarat supaya menunggu. Pakcik menyeluk poket seluarnya yang sebelah lagi.
Dia mengeluarkan beberapa note kertas berwarna biru dan hijau lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam poket baju melayu budak itu.
“Ini hok mu buat beli makanan.”
Abah kemudian menghampiri pakcik itu, sambil bertanya, “Berapo pendapatan pakcik sehari?”
Dia berkata, “Tak tentu! Kade-kade ado, kade-kade tak dok.”
Tanya abah lagi, “Bakpo pakcik sedekah semua duit pakcik kepada budak itu?”
Jawabnya, “Budak tu anak yatim. Berjalan kaki jauh, lapar. Pakcik tak pe, ada beca, boleh kayuh lagi.”
Subhanallah... Dia jauh lebih murah hati daripada abah.
Abah mula berasa sebak.
“Kalu gitu mari ikut ambo pergi makan.” sambil abah memegang tangannya.
“Hari ni pakcik posa.” jawabnya perlahan.
Abah tidak mampu bersuara lagi...
Nota: Murah hati yang mahal nilainya ialah apabila sanggup menyumbang harta kepada orang yang memerlukan, sedangkan dia sendiri memerlukannya. Berbeza daripada murah hati yang sanggup menyumbang harta sama ada kepada orang yang memerlukan, dalam keadaan dia sendiri tidak memerlukannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Asalamualaikum Abah Aman
ReplyDeleteSaya pun kagum dengan pemurahnya hati pakcik tersebut
Semoga Allah membalas ganjaran yang besar atas kemurahan hati pak cik tersebut.
subhanallah...hebatnyo pokcik tuh hok mampu mengharungi dunio nih dgn mata hati hok celik...ambo teringat ko kisoh2 hebat zame sahabat Rasulullah s.a.w hok sentiasa mendahulukan oghe lain hok lebih perlu....rupo2nyo ado lagi di zame lo nih...masyaallah....
ReplyDeleteterharunya ana baca.. ;( subhanAllah..begitu tegar jiwanya..seperti tegarnya pejuang2 para mujahidin di jln Allah..terigt kata2 us nasrudin semasa ijtima' tarbawi pas 2011
ReplyDelete"Di saat airmata kamu mengalir di pipi menangis2 krn Allah, darah kami mengalir di leher berjuang di medan jihad!"
moga Allah membalas segala kebaikannya..
p/s: terasa abah ni mcm abah sendiri..
mulianya dia abah.
ReplyDeletedia tahu makna memerlukan.
Inilah manusia alim yg faham agama. Marilah kita doakan kesejahteraan untuk Pakcik yg istimewa ini.Amiin.
ReplyDeletewaalaikumussalam azril,
ReplyDeletesemoga kita turut diberi kemurahan hati sebagaimana pakcik itu. InyaAllah!
salam cikgu,
ReplyDeletesenghoti... hanya orghe yang terpilih...
salam asrar,
ReplyDeleteorang-orang kecil yang berjiwa besar...
Terima kasih atas kunjugan... selalu-selalulah jenguk abah!
salam cikli,
ReplyDeletesungguh... kemuliaan sebenar.
salam sot,
ReplyDeletebeginilah orang yang berfikiran jauh sehingga ke akhirat...
assalamualaikum abah. aduh! betapa kuatnya hantukkan 'morale' citer tu hinggap dikepala saya ni. betapa tinggi 'maqam' pakcik penarik beca tu dr saya nih....aduh...aduh
ReplyDeletesalam nahmy,
ReplyDeletebukan nahmy saja terhantuk, abah pun sama... nampak macam kecil tetapi berdengung kepala ... nampak macam ringan tapi parah lukanya... pukulan padu yang tak dapat untuk ditepis-tepis lagi...