Sunday, September 26, 2010
terus memenjarakan syaitan
Maafkan abah wahai tetamu-tetamu stesen. Abah tidak dapat mengawal stesen dengan baik semenjak Ramadhan yang lalu. Abah langsung tidak menjenguk stesen setelah posting entry Pengisian Ramadhan Pengisian Perut. Bukan abah salahkan Ramadhan tetapi abah terlalu sayangkannya.
Abah rasa patut abah tumpukan sepenuh perhatian kepada bulan yang penuh keberkatan itu. Abah rasa itulah sahaja kesempatan masa yang boleh diambil untuk menjalankan ibadah tanpa gangguan iblis dan syaitan. Mungkin di bulan lain terpaksa bersingsing lengan untuk melawan godaan mereka. Contoh mudah, abah sendiri dengan rasa penuh susah payah baru sahaja dapat menyelesaikan puasa enam sedangkan Syawal sudah pun lebih seperdua bulan berlalu.
Cukup sayang sekiranya amalan-amalan baik yang telah kita lakukan pada bulan Ramadhan tidak dapat diteruskan pada bulan-bulan selepasnya apatah lagi kalau kita membatalkannya pula dengan amalan-amalan lagho yang tidak sepatutnya kita lakukan.
Kita mampu berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan, tiba-tiba puasa enam hari pada bulan Syawal kita tidak berupaya. Kita sudah mampu berjaga malam pada bulan Ramadhan untuk bertahajud, tiba-tiba waktu Subuh pun tidak mampu terjaga pada bulan Syawal. Kita mampu bertadarus dan membaca al-Qur’an pada bulan Ramadhan, tiba-tiba kita sekadar mampu membaca akhbar sahaja pada bulan Syawal. Kita mampu bersedekah dan berzakat pada bulan Ramadhan, tiba-tiba kita bertukar menjadi bakhil pada bulan Syawal.
Adalah rugi yang amat besar setelah mendapat rahmat, pengampunan dan perlepasan daripada api neraka, kita kembali mencari kemurkaan Allah dengan melakukan dosa lagi yang membawa kepada api neraka Allah semula. Amatlah malang sekiranya kita kembali sesat setelah mendapat petunjuk Allah.
Begitulah liciknya peranan iblis dan syaitan apabila kembali menguasai hawa nafsu kita.
Marilah kita berusaha untuk terus memenjarakan syaitan tanpa pedulikan kehendak-kehendaknya dengan semangat, kekuatan dan keupayaan yang telah kita perolehi pada bulan Ramadhan. Bagi abah sekiranya dapat melepasi tahap ini barulah dinamakan kemenangan yang sebenar...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam abah...
ReplyDeleterindu betul pada nasihat dan kata-kata hikmah abah. sentiasa segar dan indah.
ini betul2 bukan pong abah.
selamat raya enam.
salam abah (stesen master)...gitulah, kita selalu 'terlupa' yg siiblis tu 'tak pernah lupa' utk terus-menerus menyesatkan kita. menulis, memberi pesan, ingat-mengingatkan pun...satu ibadah juga kan abah? jd jgn bior stesen tak terusik lama-lama...hehehe..
ReplyDeleteNAHMY : 'Stesen master' = keh keh keh!'
ReplyDeletesalam cikli,
ReplyDeleteterima kasih alhamdulillah... segala yang baik itu datangnya dari Allah. Yang tidak baik itu dari kedhaifan dan kelemahan abah sendiri.
Abah turut mengucapkan salam hari raya fitrah minal aidil wal fa izin buat cikli dan keluarga.
salam nahmy,
ReplyDeletebetul, betul tu... segala kerja buat kita adalah ibadah sekiranya kerana Allah. Lama tinggal stesen nasib tak berhantu. Sebulan tak menulis ni kekok pulak.
salam dek!
ReplyDeletepergh! kira orghe gedebe stesen la kawe...
salam raya dek buat demo dan famili...
aku betulkan sikit la, Abah Aman...
ReplyDeleteBaik dan buruk datangnya daripada Allah Taala... cuma dek kerana nafsu dan kejahilan, kita menghiaskan keburukan itu dengan keindahan dan memilihnya...
Salam Abah.
ReplyDeleteMoga tarbiah ramadhan menjadikan kita semakin tunduk kepada-NYA.
Salam abah..
ReplyDeleteSemoga amalan-amalan baik di bulan Ramadhan dapat diamalkan pd bulan2 seterusnya. Bermujahadah..
salam abnormal,
ReplyDeleteTerima kasih kerana membuat pembetulan. Almaklumlah... orang tua baru nak belajar.
Salam raya. Takde open house ke tuan?
Salam shameel,
ReplyDeleteBegitulah... barulah layak menyambut kemenangan.
salam nurr,
ReplyDeleteBerterusan begitulah... ke arah menjadi insan yang bertaqwa. InsyaAllah.