Monday, May 4, 2009

Makan

Baru aje abah taip perkataan makan sebagai tajuk, mulut abah dah berair-air. Tergambar di fikiran abah makanan kegemaran abah.

Nasi kerabu, laksam dan ayam percik. Nasi kukus, gulai kawah dan ayam goreng berempah. Pulut lepa, cik mek molek dan cendol pulut tapai. Sambal daging, keropok gotel dan gelembong buaya. Kuih akok, puteri mandi dan buah gomok. Lompat tikam, serabai dan tahi itik. Itu adalah sebahagian menu istimewa orang-orang Kelantan. Bukan tak ada jual kat KL atau lain-lain tempat, tapi tidak menepati piawaian citarasa asli orang Kelantan.

Begitu bernafsu kita bila bercerita pasal makan. Sayang kita kepada perut tak dibiarkan berbunyi kelaparan. Isi dan terus mengisi. Seterunya sendawa. Menguap. Pejam celik, pejam celik, berdengkur.

Aduh! Tidak sedar kita telah berlaku zalim. Terlupa kita kepada rohani kita yang sedang kelaparan. Tidak berselera kita untuk berbincang dan bercerita tentang makanan rohani. Apakah menu makanan lazat untuk rohani yang kekal berbanding jasmani yang akan hancur menjadi tanah.

Tahajjud, zikir dan selawat. Solat Dhuha, baca Al-Qur’an, dan tasbih. Witir, wirid dan takbir. Solat Hajat, taubat dan istighfar. Sudahkah kita menikmati hidangan ini setiap hari?

Makanlah makanan yang seimbang. Seimbang di antara jasmani dan rohani. Berdoalah kita kepada Allah. Jangan kita menjadi bapa tiri kepada diri kita sendiri.

Wallahuaklam.

4 comments:

  1. salam abah aman, terima kasi add kan saya...betul tu, makanan tu la punca banyak penyakit..sebab tu la kita kena berhenti makan sebelum kenyang....nasi kerabu...my favourite tuh...dengan daging bakar dan extra budu...fuyooooo...last yer masa ada projek di KB, tiap2 hari makan nasi kerabu..ahaha...kat australia tade plak jual..kena tunggu balik msia baru bole makan lagi...

    ReplyDelete
  2. salam tuan!
    Maaf saya bertanya ada kah tuan ini pelukis kartun aman di GG dulu.?

    ReplyDelete
  3. Salam arsaili,
    Ahaa... Bila balik malaysia bolehlah datang kelantan.

    Salam Ubilepih.
    Subhanallah! Tuan masih kenal saya. Ya betul la tu... tapi sekarang dah kurang aktif. Tuan ni pelukis juga ke?

    ReplyDelete
  4. salam,

    makan kena berhati-hati
    banyak penyakit yang menanti
    kencing manis dan darah tinggi
    malah beribu-ribu penyakit lagi
    usia belum sepatutnya dah pergi
    menyahut seruan Ilahi
    tinggal anak tinggal bini
    kalau ada harta pun tak bawa sekali
    apatah lagi sia-sia hidup selama ini
    tiada bekalan yg mencukupi
    ibarat matinya ayam dilanggar lari
    mati percuma atau mati free
    seksa kubur pula sedia menanti
    seksa-seksa lain kena fikirlah sendiri.

    begitulah kehidupan ini
    tersilap langkah betapa banyaknya rugi
    dan kalau tak nak rugi di kemudian hari
    pandai-pandailah mengasuh diri sendiri
    buatlah perkara disayangi Ilahi
    dosa pahala kena ingat di hati
    jangan main redah membuat tuli
    tak mencium syurga di akhirat nanti...

    ReplyDelete